KNKV Branding & Marketing War 2027 Buka Ruang Strategi Penjenamaan Hadapi Landskap 2027
Program itu menghimpunkan pemimpin industri, ketua pegawai eksekutif, pengasas perniagaan serta wakil komuniti diplomatik.
Cover image via KNKV GroupFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Persaingan perniagaan yang semakin sengit, perubahan tingkah laku pengguna serta perkembangan pesat teknologi dan kecerdasan buatan (AI) menuntut syarikat untuk melihat semula pendekatan mereka terhadap penjenamaan dan pemasaran
Perubahan landskap perniagaan masa kini, KNKV Group telah menganjurkan KNKV Branding & Marketing War 2027, sebuah platform eksklusif yang menghimpunkan pemimpin perniagaan, CEO, pengasas syarikat, pemain industri serta pemegang taruh strategik bagi membincangkan hala tuju branding dan marketing dalam menghadapi landskap perniagaan 2027.
Mengangkat tema "Build A Brand People Choose. Create Marketing That Gets You Noticed", program ini bukan sekadar memberi pendedahan mengenai strategi pemasaran, tetapi turut membuka ruang kepada pemimpin industri untuk bertukar pandangan, membina hubungan strategik dan mengenal pasti peluang kolaborasi baharu.
Perniagaan yang mempunyai produk berkualiti masih berdepan risiko kehilangan pelanggan kepada pesaing apabila kelebihan produknya tidak difahami atau jenamanya belum cukup dipercayai.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KNKV Group, Profesor Adjung Hj. Adam Richman berkata, cabaran itu memerlukan syarikat menilai cara mereka menerangkan nilai produk dan membina keyakinan pelanggan, selain terus menjaga mutu tawaran.
"Pemilik perniagaan tahu apa yang bagus tentang produk mereka. Tetapi adakah pelanggan memahami kelebihan yang sama, dan menganggapnya penting apabila membuat pilihan?"
"Jika jawapannya belum jelas, perniagaan perlu melihat semula cara jenama itu diperkenalkan, bukti yang ditampilkan dan pengalaman yang diberikan kepada pelanggan," katanya.
Turut hadir sebagai tetamu kehormat, Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia, YB Dato' Sri Mohd Shahar Abdullah, Pengerusi KNKV Group, YBhg. Datuk Seri Dr. Zurainah Musa, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Dr. Wan Ahmad Amir Zal bin Wan Ismail serta Pengasas dan Rakan Pengurusan Nik Safia & Co, Puan Safia binti Ahmad Jahidi.
Nik Safia & Co. merupakan firma guaman yang menawarkan perkhidmatan perundangan dalam bidang hartanah dan pindah milik, litigasi sivil, undang-undang Syariah serta pentadbiran harta pusaka.
Justeru itu, kehadiran barisan panel daripada bidang ekonomi, industri, perniagaan dan undang-undang telah membuka ruang perbincangan yang lebih menyeluruh yang merangkumi aspek kreativiti dan pemasaran, struktur perniagaan, perlindungan jenama serta peluang pengembangan ke pasaran yang lebih luas. Oleh itu, program ini menghimpunkan pemimpin industri, ketua pegawai eksekutif, pengasas perniagaan serta wakil komuniti diplomatik.
Selaraskan penjenamaan dengan pemasaran
Pelanggan menilai sesuatu tawaran berdasarkan keperluan, bukan sekadar ciri produk. Justeru itu, komunikasi jenama perlu menjelaskan siapa yang dibantu, masalah yang diselesaikan dan nilai yang ditawarkan. Pada masa yang sama, manfaat tersebut perlu disokong dengan bukti melalui demonstrasi, portfolio serta pengalaman pelanggan yang sahih bagi membina keyakinan dan mengukuhkan kredibiliti jenama.
"Apabila perbezaan antara dua tawaran tidak jelas, harga boleh menjadi pertimbangan utama. Sebelum terus memberi diskaun, syarikat perlu bertanya sama ada nilai produknya sudah diterangkan dengan meyakinkan," katanya lagi.
Bagi pasaran korporat, komunikasi perlu meyakinkan dari segi keupayaan pelaksanaan, pengalaman dan kebolehpercayaan syarikat. Identiti visual, profil korporat, kandungan serta interaksi pasukan jualan perlu membawa mesej yang konsisten bagi membina keyakinan dan mengukuhkan reputasi syarikat.

Penjenamaan membantu memperjelas kedudukan dan nilai sesebuah perniagaan, manakala pemasaran memastikan mesej tersebut sampai kepada kumpulan pelanggan yang tepat. Kedua-duanya perlu disokong oleh mutu produk dan perkhidmatan yang konsisten serta mampu memenuhi jangkaan pelanggan.
"Janji dalam iklan mesti sepadan dengan apa yang pelanggan terima. Kepercayaan yang dibina melalui komunikasi perlu diperkukuh melalui pengalaman sebenar," kata Adam.
KNKV Group, syarikat pengiklanan, pemasaran dan komunikasi bersepadu yang berpangkalan di Shah Alam, Selangor, menawarkan strategi penjenamaan dan pemasaran, pengiklanan televisyen dan digital, penerbitan video korporat dan komersial, pemasaran media sosial serta pengurusan acara korporat.
Pendekatan bersepadu itu menyelaraskan mesej jenama, kandungan kreatif dan saluran kempen mengikut objektif pelanggan, sama ada untuk memperkenalkan produk, membina keyakinan pembeli korporat atau menjana pertanyaan perniagaan.
Antara portfolio yang diketengahkan syarikat ialah kempen Dapur Irama untuk jenama Jasmine, yang menggabungkan resipi, muzik dan penceritaan jenama. KNKV Group turut menerbitkan program bual bicara Dua Sisi di Bernama TV, merangkumi kepimpinan, korporat, ekonomi dan keusahawanan.
Memorandum persefahaman (MoU) memperkukuh kerjasama strategik antarabangsa

Program ini turut menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang melibatkan KNKV Group Sdn. Bhd. sebagai Rakan Penganjur Bersama dan Rakan Strategik World Marketing Summit Malaysia 2026, bersama Kotler Impact Asia dan ANNEMS Leadership Solution, Presiden Kotler Impact Asia, YBhg. Datuk Dr. Hajah Faridah Hanim Haron.
Kerjasama strategik ini mencerminkan komitmen KNKV Group dalam memperluas jaringan kerjasama, memperkukuh ekosistem pemasaran serta membuka peluang kolaborasi antara pemain industri di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Pelantikan Penasihat Syariah KNKV
Pada waktu yang sama, KNKV turut mengumumkan pelantikan Mufti Negeri Pulau Pinang, Sahibus Samahah Prof. Madya Dato' Dr. Mohd Sukki bin Othman, sebagai Penasihat Syariah KNKV.
Pelantikan ini mencerminkan komitmen KNKV untuk memperkukuh tadbir urus berteraskan prinsip Syariah serta memastikan nilai integriti, etika dan tanggungjawab terus menjadi asas dalam hala tuju organisasi.
Langkah ini turut memperlihatkan usaha KNKV untuk menyelaraskan pertumbuhan perniagaan dan pembangunan ekosistem korporat dengan nilai serta prinsip Islam, seiring aspirasi organisasi dalam membina kepercayaan dan hubungan jangka panjang bersama rakan strategik dan komuniti perniagaan.

Justeru itu, Program KNKV Branding & Marketing War 2027 menyediakan ruang pertemuan antara pemimpin perniagaan, kerajaan dan komuniti diplomatik untuk memahami keperluan industri serta meneroka potensi kerjasama.
Menurut Adam lagi, akses kepada pihak yang tepat membuka ruang perbincangan, manakala kejelasan tawaran dan kredibiliti syarikat membantu bakal rakan niaga menilai kesesuaian sesuatu kerjasama. Pertemuan itu perlu disusuli cadangan yang relevan dan keupayaan menunaikan komitmen.
Program tersebut turut memperkenalkan akses awal kepada Islamic Distinguished Enterprise Award (IDEA) 2027, sebuah inisiatif pengiktirafan berasaskan merit yang mengetengahkan integriti dan pencapaian sebenar dalam perniagaan.
"Matlamatnya ialah membantu perniagaan menjelaskan kekuatan mereka dengan lebih baik, membina keyakinan dan memberi pelanggan sebab yang kukuh untuk memilih mereka," katanya.
Pemilik perniagaan, CEO dan pengurus pemasaran yang mahu memperjelas kelebihan jenama serta memperkukuh pendekatan pemasaran boleh melayari www.knkvgroup.com untuk meneliti portfolio dan perkhidmatan KNKV Group.
Melalui laman itu, organisasi boleh menghubungi pasukan KNKV bagi membincangkan keperluan penjenamaan, pengiklanan, produksi video dan komunikasi korporat.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


