seismik

Koleksi Eksklusif Mokky's Pizza x OPT. Kini Dilancarkan - "Gabungan Fesyen & Kulinari"

Kerjasama ini menampilkan pakaian streetwear edisi terhad yang diilhamkan oleh penjenamaan ikonik Mokky's Pizza.

Cover image via @mokkyspizza (Instagram)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mokky’s Pizza, jenama pizza tempatan dengan bangganya
mengumumkan kerjasama yang menarik dengan OnePlusTwo (OPT.), jenama streetwear terkenal di Malaysia dengan lebih 90,000 pengikut setia atau lebih dikenali sebagai #KroniOPT baru-baru ini

Kerjasama unik ini bertujuan untuk menyatukan cinta kepada pizza dan fesyen streetwear yang trendy, menyasarkan pasaran massa di Malaysia.

Untuk itu, Mokky’s Pizza dan OPT. telah mengumumkan kolaborasi dalam penciptaan koleksi eksklusif yang menggabungkan hidangan kulinari dengan reka bentuk fesyen terkini.

Kerjasama ini menampilkan pakaian streetwear edisi terhad yang diilhamkan oleh penjenamaan ikonik Mokky’s Pizza, yang boleh didapati secara dalam talian di laman sesawang rasmi OPT. sendiri.

Acara pelancaran berkenaan telah diadakan baru-baru ini pada 15 Januari 2025, di Mokky’s Subang Parade bermula dari jam 5 petang sehingga 10 malam dan dihadiri oleh rakan-rakan media dan juga pempengaruh fesyen terkenal untuk sesi 'pizza party' #MokkysXOPT.

Koleksi eksklusif Mokky's x OPT. tawar harga bermula dari RM39 hingga RM159

Kerjasama ini akan menawarkan pelbagai barangan streetwear yang bergaya, termasuk t-shirt yang berharga RM159, topi trucker berharga RM139, dan keychain berharga RM39. 

Setiap item dalam koleksi ini adalah bukti kepada kreativiti dan kualiti yang dikenali oleh kedua-dua jenama.

Umar Abdul Aziz selaku Ketua Pegawai Eksekutif Mokky's Pizza menyatakan bahawa, "Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan OnePlusTwo, sebuah jenama yang dekat dengan golongan muda dan mempamerkan semangat kreativiti dan inovasi. Kerjasama ini adalah gabungan sempurna antara semangat kami terhadap makanan dan fesyen trendy."

Mengulas lanjut, Muhammad Azfar Abdul Aziz, Pengarah Pemasaran Mokky's Pizza berkata, "Kerjasama dengan OnePlusTwo ini adalah contoh komitmen kami untuk menggabungkan keseronokan dan rasa, dan kami teruja untuk melihat pelanggan kami menerima gabungan unik pizza dan streetwear ini. Kami percaya setiap kunjungan ke Mokky's Pizza seharusnya menjadi satu perayaan, dan kami menantikan untuk mencipta lebih banyak detik istimewa bersama komuniti kami."

Pengasas OnePlusTwo, Hakim Mazlan, juga dikenali sebagai Hakim Langat berkongsi kegembiraannya, "Ini adalah kerjasama yang sangat menarik kerana ini kali pertama jenama kami bekerjasama dengan F&B. Saya berharap jenama kami (OPTXMOKKYS) dapat berkongsi lebih banyak love and power plus," tambahnya.

Untuk maklumat lanjut, ikuti @oneplustwo.my & @mokkyspizza di Instagram untuk mendapatkan kemas kini terkini mengenai perkembangan mereka!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via googleapis.com

You may be interested in: