seismik

8 Resipi Asam Pedas 'Power' Khas Untuk Anda Yang Minat Masakan Melayu

Sotong, tetel, ikan keli - semuanya ada!

Cover image via My Resipi

Aroma asam pedas yang tersendiri, ditambah pula dengan rasanya yang masam-masam pedas, menjadikannya antara lauk masakan Melayu paling digemari. Memang irresistible!

Image via Masak Makan

Tidak hairanlah kenapa ramai yang sanggup travel ke Melaka, Batu Pahat dan pelbagai lagi tempat semata-mata untuk menjamah semangkuk asam pedas.

Yang menariknya, lauk versatil ini boleh diubahsuai mengikut citarasa sendiri. Ada yang lebih sukakan tetel daripada ikan, ada pula yang lebih sukakan aroma daun limau purut daripada daun kesum. Ikuti 8 idea ini untuk dapatkan asam pedas yang perfect untuk anda:

1. Asam Pedas Tetel

Image via MyResipi

Tetel merupakan campuran daging yang selalunya terdiri daripada lemak, urat, dan tulang. Resipi yang menggunakan kepingan daging empuk berlemak ini menghasilkan rasa asam pedas yang cukup luar biasa. Memang padu!

Untuk resipi penuh Asam Pedas Tetel, klik sini.

2. Asam Pedas Sotong

Image via MyResipi

Tidak ramai yang menggunakan sotong untuk membuat asam pedas, tetapi sekali sudah cuba resipi ini, pasti nak lagi! Gunakan sotong segar dalam resipi ini untuk menyedapkan lagi lauk asam pedas anda.

Untuk resipi penuh Asam Pedas Sotong, klik sini.

3. Asam Pedas Ikan Keli

Image via MyResipi

Resipi Asam Pedas Ikan Keli ini pasti diminati orang Nogori! Asam pedas Negeri Sembilan-style ini dimasak dengan campuran pelbagai bahan seperti belacan dan kunyit dan diharumkan lagi dengan daun kesum.

Untuk resipi penuh Asam Pedas Ikan Keli, klik sini.

4. Asam Pedas Daging

Image via MyResipi

Untuk yang lebih minat lauk berdaging berbanding seafood, cubalah resipi Asam Pedas Daging ini! Kuahnya yang likat dengan ketulan daging empuk menjadikannya begitu enak dinikmati dengan nasi.

Untuk resipi penuh Asam Pedas Daging, klik sini.

5. Asam Pedas Kepala Ikan

Image via MyResipi

Kepala ikan merupakan antara pilihan paling popular untuk masakan asam pedas. Kepala ikan merah selalunya digunakan untuk resipi sebegini tetapi untuk sedikit kelainan, anda boleh juga menggunakan kepala ikan salmon.

Untuk resipi penuh Asam Pedas Kepala Ikan, klik sini.

6. Asam Pedas Berempah Ikan Tilapia

Image via MyResipi

Selain bahan-bahan asam pedas tradisional seperti cili kering, bawang merah, bawang putih, halia dan serai, resipi ini menggunakan campuran rempah ratus seperti jintan putih dan serbuk ketumbar untuk memperkayakan lagi rasa asam pedas.

Untuk resipi penuh Asam Pedas Berempah Ikan Tilapia, klik sini.

7. Asam Pedas Telur

Image via MyResipi

Mungkin tidak ramai yang tahu telur rebus sebenarnya cukup sedap apabila dimasak sebagai asam pedas. Tambah sedikit sayuran segar seperti bendi dan anda akan dapatkan hidangan yang begitu ringkas untuk dimasak tetapi sedap dimakan! 

Untuk resipi penuh Asam Pedas Telur, klik sini.

8. Asam Pedas Ayam

Image via MyResipi

Untuk anda yang lebih sukakan lauk ayam, jangan risau - ikuti resipi asam pedas yang dimasak dengan ayam dan kentang ini. Gunakan ketulan ayam yang bertulang untuk memberikan kuah asam pedas anda lebih oomph!

Untuk resipi penuh Asam Pedas Ayam, klik sini.

Koleksi resipi apa pula yang ingin anda dapatkan?
Tinggalkan request anda di ruangan komen di bawah!

Minat masak lemak? Cuba resipi-resipi ini:

Jangan lupa cuba resipi-resipi ini juga!