Koleksi World Cup ‘G-Dragon X Nike’ Dipakai Pemain Korea Selatan Curi Tumpuan Ramai
Koleksi itu diasaskan oleh G-Dragon sendiri yang bertindak sebagai pengarah kreatif.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sempena kempen Piala Dunia kali ini, Nike dilihat tampil koleksi Tiger of Asia, sebuah kolaborasi baharu bersama bintang K-pop, G-Dragon
Sebagai sebahagian daripada projek X2, Nike telah bekerjasama dengan tujuh organisasi dari tujuh negara dengan rangkaian fesyen bintang K-pop G-Dragon, Peaceminusone, mewakili Korea Selatan.
Menerusi laporan CNA, rangkaian fesyen Korea Selatan ini diasaskan oleh G-Dragon pada tahun 2016 di samping personaliti dari kumpulan BigBang berusia 37 tahun itu juga bertindak sebagai pengarah kreatifnya.
Barisan produk yang tersedia menampilkan jersi pra-perlawanan berwarna hitam yang diserlahkan dengan cetakan berwarna-warni pada bahagian belakang di samping jaket trek woven dan sut Nike Tech Fleece yang direka khas.
Koleksi Piala Dunia kolaborasi bintang K-pop G-Dragon bersama Nike dilihat diperagakan para pemain Korea Selatan sebelum sepak mula menentang Mexico
Koleksi jaket tersebut dilihat disarung oleh para pemain ketika sedang berjalan dari dalam terowong ke padang.
Peragaan koleksi tersebut dapat disaksikan orang ramai memandangkan pasukan Korea Selatan ditaja secara rasmi oleh Nike untuk edisi Piala Dunia kali ini.
Perlawanan tersebut berkesudahan dengan pasukan Mexico berjaya menangani Korea Selatan dalam kemenangan tipis 1-0 hasil jaringan Luis Romo pada minit ke-50.
Korea Selatan kini menduduki tempat kedua dalam kumpulan A di bawah Mexico dengan perbezaan 3 mata.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via