Konsert BTS Di KL Hujung Tahun, Ini Butiran Tiket ARMY Wajib Tahu
Take note ARMY!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
BIGHIT MUSIC secara rasminya mengesahkan kumpulan K-pop, BTS akan datang ke Kuala Lumpur pada 12 dan 13 Disember ini
Konsert yang bakal diadakan ini merupakan sebahagian daripada jelajah dunia besar-besaran mereka untuk tahun 2026–2027, selepas kali terakhir mengadakan konsert pertama di Malaysia pada 2015.
Dengan kesemua tujuh ahli telah menamatkan khidmat negara wajib, BTS secara rasminya kembali sebagai kumpulan penuh dan berskala besar.
Kumpulan ini juga telah mengeluarkan diskografi terbaharu mereka pada 20 Mac, menjadikan konsert jelajah ini kali pertama peminat akan melihat BTS membuat persembahan bersama sejak bertahun-tahun.
Sama seperti konsert jelajah TWICE baru-baru ini, BTS akan menggunakan pentas berkonsepkan 360 darjah, diletakkan betul-betul di tengah-tengah tempat persembahan.
Format ini direka untuk mendekatkan peminat dari setiap sudut, meningkatkan kapasiti dan mencipta pengalaman konsert yang mampu memuaskan hati pembeli tiket.

Konsert jelajah bermula di Goyang, Korea Selatan, dengan tiga persembahan pembukaan pada April 2026, sebelum beralih ke Tokyo Dome, Jepun
BTS kemudiannya akan meneruskan jelajah ke Amerika Utara dengan 28 persembahan di 12 bandar, termasuk persinggahan utama di Las Vegas, Mexico City, New Jersey dan persembahan akhir empat malam di Los Angeles.
Jelajah di Eropah menyusul pada Jun dan Julai, melibatkan London, Paris, Madrid, Brussels dan Munich, sebelum ke Amerika Latin untuk persembahan yang disahkan diadakan di Colombia, Peru, Chile, Argentina, dan Brazil.
Jelajah di Asia-Pasifik pada akhir tahun 2026 pula akan membawa BTS ke Kaohsiung dan Bangkok, sebelum ke Kuala Lumpur pada 12 dan 13 Disember.
Selepas KL, BTS akan ke Singapura selama empat malam, kemudian Jakarta, sebelum meneruskan jelajah pada 2027 dengan persembahan di Australia, Hong Kong dan Manila.

Harga tiket bermula dari RM338, berikut adalah butiran yang perlu ARMY ambil tahu:
GLOBAL ARMY MEMBERSHIP REGISTRATION
Jumaat, 22 Mei, 1 tengah hari – Rabu, 27 Mei, 11 pagi
Daftar melalui Weverse.
ARMY MEMBERSHIP PRESALE
Rabu, 3 Jun, 11 pagi – 10 malam
TRIP.COM PRESALE
Khamis, 4 Jun, 9 pagi – 11.59 malam
LIVE NATION PRESALE
Khamis, 4 Jun, 11 pagi – 10 malam
Daftar untuk keahlian percuma di SINI.
GENERAL ONSALE
Jumaat, 5 Jun, 11 pagi dan seterusnya
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via