Kos Hanya RM5K, Gadis Kongsi Tips Tunai Umrah DIY & Tanpa Mahram. Siap Singgah Turki Lagi!
Haany Harraz turut berkongsikan itinerari penuh perjalanannya bermula dari Madinah dan Mekah, seterusnya ke Istanbul dan Ankara.
Ibadah umrah menjadi pilihan alternatif buat mereka yang belum berkesempatan untuk menunaikan haji di Tanah Suci
Bahkan ibadah umrah seringkali digelar sebagai 'haji kecil' dalam masyarakat kita.
Sama seperti haji, mengerjakan umrah juga memerlukan seseorang itu menyempurnakan beberapa 'ritual' ibadah di kota suci Mekah, khususnya di Masjidil Haram.
Bagi menunaikan ibadah ini, kebanyakan akan memilih untuk menggunakan pakej yang disediakan oleh pelbagai agensi umrah. Namun terdapat juga beberapa individu yang lebih gemar mengerjakannya secara sendiri atau do-it-yourself (DIY).
Baru-baru ini seorang gadis telah berkongsikan pengalamannya mengerjakan umrah secara DIY dengan kos bawah RM5,000!
Menariknya, dia juga telah pergi ke Tanah Suci tanpa membawa mahram lelaki.
Menerusi laman Facebook, gadis yang dikenali sebagai Haany Harraz itu telah menceritakan pengalamannya dan tips menunaikan ibadah umrah secara sendiri atau DIY bersama kakaknya menggunakan visa pelancong.
Bukan itu sahaja, dalam perkongsiannya, Haany turut berkongsikan itinerari penuh disertai sekali dengan kos sepanjang perjalanan umrahnya.
Paling best sekali, sejurus selepas selesai menunaikan ibadah umrah, dia serta kakaknya sempat singgah dan melawat ke negara Turki, khususnya di bandar Istanbul dan Ankara.
Baca perkongsian penuh Haany Harraz di bawah:
My Umrah Stories.
Alhamdulillah, saya telah selamat menunaikan Umrah minggu lepas. Hari ini baru ada kelapangan untuk menulis sikit sekadar berkongsi. Umrah kedua kali ini saya pergi kakak saya, hanya berdua tanpa mengikut mana-mana travel agency. Semuanya kami atur dan bergerak sendiri. Mudah dan ringkas sebenarnya pergi sendiri ini. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami.
Sebelum itu, saya sendiri memang sejenis suka kepada cabaran dan suka merenung setiap kejadian dari perjalanan yang saya lakukan.
Alhamdulillah Allah telah menjemput saya dan kakak saya menjadi tetamuNya. Sebelum pergi itu, betulkan niat iaitu untuk beribadah mengabdikan diri kita di sana.
Pertama sekali, perlu ikuti kursus umrah. Saya mengikuti kursus percuma yang berdekatan dengan tempat saya. Saya juga banyak belajar cara mengerjakan Umrah, tengok di YouTube, buat research accommodation, transportation dan lain-lain. Jangan lupa perbanyakkan solat hajat, supaya Allah lancarkan perjalanan UMRAH kita dan diberikan kesihatan yang baik.
Saya ringkaskan saja tips perjalanan sepanjang 8 hari berada di tanah suci Madinah dan Makkah. Saya berada 3 malam di Madinah – 4 malam di Makkah – dan selepas itu menziarahi Turkey selama 4 malam sebelum berangkat pulang.
1. Tiket penerbangan
Saya menempah tiket flight melalui Skyscanner. Untuk trip Umrah saya tempoh hari saya naik Saudi Airlines, dan tiketnya tak murah dan tak terlalu mahal. Tiket saya KUL-MED, JED-IST, ANKARA-KUL, berjumlah RM2,600 untuk return.
2. Accommodation
Untuk cari penginapan boleh search di Booking.com, Airbnb dan lain-lain. Untuk di Madinah saya menginap di hotel (Al-Mukhtara Golden). Hotel ini sangat dekat dengan masjid, tetapi jauh juga berjalan ke pintu masuk solat perempuan (8 minit berjalan).
Di Makkah saya menginap di Hotel NAWAZI AJYAD yang hanya berjalan 5 minit sahaja ke masjid. Hotel ini boleh tidur untuk 4 orang, kami hanya berdua. Sangat puas hati. Total hotel MADINAH dan MAKKAH RM1000++ untuk dua orang.
3. Ground transportation
Setelah membuat sedikit kajian tentang ground transport, banyak cabang transport di Madinah dan Makkah. Saya lebih mudah dan selesa menggunakan Careem (Uber versi Arab). Careem di tanah suci sangat meluas, lebih jimat dan tak perlu bargain macam taxi. Cuma ketika berada di Makkah, kawasan radius sekitar Masjidil Haram, Uber dan Careem tidak dibenarkan.
Cuma kalau nak naik juga perlu berjalan keluar dari kawasan radius tersebut. Pernah juga saya menaiki TEKSI UJRAH yang sangat banyak di sana. Saya juga minta diskaun harga pada pemandu teksi Ujrah, setelah buat perbandingan harga Careem.
Manakala, perjalanan kami dari Madinah ke Makkah untuk menunaikan Umrah, kami menaiki bas Saptco VIP. Perjalanan lebih kurang 5 jam 30 minit. Bas yang selesa dan efisien dari segi masa, minum dan snek disediakan. Sangat recommended. Boleh online booking di website saptco.com.sa. Total perjalanan Madinah-Makkah RM128
4. Visa
Sekitar September 2019, kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan Tourist Visa untuk beberapa negara dan Malaysia antara salah satu yang tersenarai. Tourist visa berlaku untuk memasuki negara Arab Saudi untuk tujuan Holiday mahupun Umrah. Dibenarkan untuk tinggal tidak melebihi 90 hari di Arab Saudi dan tempoh valid visa berlaku selama setahun.
Ya, bermakna rakyat Malaysia tidak perlu lagi menggunakan Visa Umrah untuk masuk ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah.
Visa boleh apply di laman web rasmi kerajaan Arab Saudi di sini visa.visitsaudi.com. Yang bestnya, setelah selesai membuat pembayaran visa, visa dicetak dalam masa 3-5 minit dan terus dihantar ke email kita. Gambar passport visa kami hanya snap guna phone dan gunakan software gambar visa umrah sahaja, tidak perlu untuk ke kedai gambar. Bayaran visa: RM490.
5. Travel insurance
Sebelum ke luar negara, belilah travel insurance dari mana-mana insurance agency. Kita tak tahu bila mana kemalangan mahupun ajal akan berlaku. Sediakan insurance cover sebelum kemalangan berlaku. Saya seringkali gunakan Etiqa Trip Care 360 Platinum untuk single trip RM110.00.
6. Ziarah luar Kota Suci
Yang ni boleh search sendiri di Google tempat-tempat ziarah sekitar Madinah dan Makkah. Tergantung kepada masing-masing selera mahupun kelapangan. Yang ni boleh plan sendiri. Di sana boleh naik Uber atau Careem untuk bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi. Dan kalau boleh janganlah lepas peluang ke tempat-tempat bersejarah disana. Rezeki kami, di Madinah dan Makkah kami ditawarkan oleh Group Leader dengan menumpang bas mereka untuk ziarah, Alhamdulillah.
7. Souvenir, air zam zam, makan-makan
Banyak boleh dapat keychain semurah 2 riyal. Yang penting pandai cari. Air zam zam beli kat airport/ 7.5 riyal untuk 5 liter. Kami beli selepas pulang dari Ankara semasa transit di Jeddah. Satu orang satu botol je. Kebanyakan airlines akan bagi free luggage khas utk air zam zam.
Di sana saya dan kakak lebih banyak masak sendiri. Kami bawa periuk nasi kecil untuk masak nasi. Dan bawa makanan sendiri. Ada juga kadang-kadang kami try makanan di sana. Boleh berkongsi makanan untuk makan dua orang, sebab banyak.
8. Time flexibility
Ini yang saya impikan dari setiap perjalanan musafir saya. Tidak terikat dengan waktu. Tak kira ke mana, saya sukakan time freedom. Ada waktu untuk kesini dan kesana mengikut kemahuan diri. Tukar plan last minute, tambah plan last minute. Ada waktu untuk mendalami, mengagumi, merenungi dari setiap tempat saya lawati.
Disini saya juga ingin sertakan itinerari umrah DIY dan ziarah Istanbul/Ankara
HARI 1: 31/1/2020
- Lapor diri KB-KUL ( 9.30 pagi)
- KL – MADINAH (1.40 petang)
- Check-in bagasi, serahan passport / boarding pass/visa.
- Transit RIYADH; 1 jam 25 minit sebelum berlepas ke Airport Madinah.
- Tiba di Madinah daftar masuk hotel dan berehat.
- Madinah airport ( 7.00 malam), Check in Hotel ( Al-Mukhtara Golden) .
- Naik Uber/ Kareem 20-30 minit; SAR 30-60 / Bus SAPTCO SAR 10-12
- Beli Simkad CELCOM XPAX, beli di Malaysia dalam RM68.
Note: Lepas berehat di hotel, turun masjid terus solat Isyak dan masuk RAUDAH (Rumah Nabi serta makam baginda) Nabi bersabda, ‘Kalau kita datang buat umrah, tidak datang umahku, dikira ummat yang tidak mencintaiku).
HARI 2 & 3: 1-2/2/2020 MADINAH
- Ziarah Dalam – Lagi ke Makam Rasulullah SAW dan sahabat, (Raudhah) dan Perkuburan Baqi’(solat jenazah – Jenazah terdiri daripada y. Aishah, Fatimah, Zainab, cucu Nabi) semoga mereka dirahmati Allah.
- Ziarah Luar - Masjid Quba', Masjid Qiblatain, Medan Peperangan Khandaq (Masjid Tujuh), Jabal Uhud, Pasar Kurma/ Ladang Kurma (Join naik bus leader group umrah, atau naik bus or Uber)
HARI 4: 3/2/2020 MADINAH
- Ziarah Wida’ – 1) Solat sunat wida 2 rakaat (RAUDHAH) or Masjid Nabawi. 2) Mengucapkan salam perpisahan kepada Baginda (assalamualayka ya Rasulullah) dengan penuh kerendahan hati dan sedih meninggalkan Baginda. 3) Berdoa dengan bertawassul dengan Baginda (Selamat tinggal ya Rasullulah, Salam perpisahan wahai Nabi Allah. Kami akan datang lagi menziarahimu ya Habiballah). 4) Mengalir air mata keikhlasan sedih perpisahan dengan kekasih Allah. 5) Bersedekah pada orang-orang yang berada di sekita Masjid Nabawi.
- Mandi sunat Ihram, memakai pakaian ihram umrah.
- Check out hotel Madinah; pukul 12.30 tengahari.
- Menaiki SAPTCO BUS VIP 2.30 petang (perjalanan 5 jam), naik di CROWNE PLAZA HOTEL.
- Bertolak ke Makkah – Bermiqat di Masjid Bir Ali (Solat Sunat 2 rakaat sebelum niat IHRAM) – UMRAH PERTAMA.
- Bus berhenti di AJYAD STATION, sebelah HOTEL MASHAER AJYAD HOTEL TH .
- 250m ke Al Haram. Dari SAPTCO AJyad, 15 minit to Hotel NAWAZI AJYAD (naik Uber SAR15).
- Tiba di Makkah, mengerjakan tawaf & saie, bertahallul serta solat wajib dan sunat. Pahala bersamaan 100,000 kali ganda.
HARI 5: 4/2/2020 MAKKAH
- Bermula selepas solat Subuh/Dhuha hingga sebelum Zohor;
- Ziarah Luar – Jabal Thur (15 minit) bergambar dan boleh hiking, Jabal Nur – boleh hiking untuk melihat Gua Hira’, bergambar dan hayati sirah, kemudian Arafah (sekadar stop/ tidak di Masjid Namira), Muzdalifah, Mina dan otw ke Jabal Rahmah (hanya melintasi & memandang dari dalam bas ), Masjid Ja'ranah & miqat (UMRAH KEDUA).
- Solat Zohor di Masjid, buat tawaf dan Saie.
HARI 6: 5/2/2020
- Umrah Tana’im – Miqat untuk umrah (UMRAH KETIGA).
Note: Masa buat umrah, masuk Al Hara di King Fahd Gate – Pintu 79 (buat tawaf sunat) - Pintu 66 ada toilet dan tempat berwudhu’ - Free Al-Quran sebelah pintu 79 cari 884 - Kedai foodcourt (Al Khalid Courtyard) - Kedai jus (berhampiran kedai rambut) - Hilton Suite (ada mall, food curt, KFC, al Baik, Al Tazaj).
HARI 7: 6/2/2020
- Ziarah Pilihan Taif (tempat peranginan) - Bertolak selepas Subuh - Naik bus dari Hotel Safwah ke Station Cable (sejam), terletak di theme park.
- Naik cable car selama 15-20 minit.
- Cadangan lawatan; 1) Shubra Place 2) Fruits Market, 3) Crose Factory, 4) Addas Farm and Mosque 6) Fruits Market.
- Bertolak ke Makkah (dijangka tiba di Makkah sebelum Maghrib).
HARI 8: (7/ 2/2020) MAKKAH – AIRPORT JEDDAH
- Mandi, bersiap kemas barang, letak barang di lobi sebelum Subuh.
- Tawaf Wida' pukul 3 pagi.
- Akan berangkat ke Airport Jeddah pukul 4 pagi (Uber or Careem – SAR 120 – 150), Subuh di airport atau perjalanan, penerbangan ke Istanbul 9.50 pagi.
- ISTANBUL - AIRPORT
- Tiba di Airport Istanbul pada 1.45 petang.
- Berjalan ke Hotel Istanbul (Stone Home Appartment at Sultanahmet).
- Naik bus Havaist – Berdekatan terminal building arrival) harga 16TL
- Jangka check-in hotel pukul 6 petang.
- Malam berjalan di sekitar hotel berkenaan.
HARI 9: (8/ 2/2020)
- Lawatan - 1) Blue Mosque 2) Muzium Hagia Sophia 3) Istanbul Topkapi (Masjid Kediaman Pemerintahan Uthmaniah, dibina oleh Sultan Al Fated near Masjid Sya Sophia 4) Galata Tower 5) Hippodrome 6) Grand Bazaar (pintu luar nama Old Book Bazar near trem Beyazit – tempat shopping murah 7) Cruise Bosporus (Meyusuli Selat Bosphorus yang sempadan Asia dan Eropah) 8) Taksim Square (tempat shopping, sangat best).
Note: Tempat shopping Kadikoy Sali Pazari (kedai-kedai dan tempat makan murah).
HARI 10: (9/2/2020)
- Check-out hotel pukul 11 pagi.
- Naik train ke airport SAW, flight pukul 3. 40 petang ke ANKARA.
- Di ANKARA airport. Sampai di airport pada 5 petang dan disambut oleh kawan kami yang kebetulan bekerja Embassy of Malaysia di sana.
HARI 11: (10/2/2020)
- Visit Anitkabir Mausoleum (muzium dan tempat permadian pemerintahan).
- Bermain Salji di Elmadag Ankara.
Notes:
- Harga satu malam penginapan di Turkey dalam lingkungan RM80/malam.
- Transportation untuk bergerak ke mana-mana sahaja pun sangat-sangat murah.
- Kami naik bus, metro, or trem di sana.
- Makanan pun murah, kami prefer masak di sana.
HARI 12: (11/2/2020)
- Bertolak ke airport ANKARA pada pukul 11 pagi. Flight pukul 1.40 ptang.
- Transit 9 jam di Jeddah (Berjalan-jalan sekitar Jeddah).
- Sampai KUL 3.00 petang
- KUL ke KB pukul 8.35 malam, dijangka sampai 9.35 malam
SELAMAT PULANG DENGAN UMRAH MAQBULLAH
Total Budget per head (MADINAH>MAKKAH> ISTANBUL>ANKARA)
- Flight ticket: RM2,600
- Accommodation: RM800
- Ground transportation: RM250
- Transport Med-Makkah: RM128
- Flight tiket Istanbul-Ankara: RM70
- Visa: RM490
- Travel Insurance: RM110
- Makan/mMscellaneous: RM300
Total: RM4,784.
Ingatlah yang perjalanan kita mengerjakan umrah ini bukan macam perjalanan lain, ia adalah perjalanan ibadah ke rumah Allah dan menemui Nabi kita SAW. Jagalah tertib dan betulkan niat InsyaAllah segalanya akan dimudahkan. Inilah sedikit perkongsian bagaimana perjalanan saya bersama kakak tempoh hari. Semoga ada manfaat buat semua kenalan.