Dengan Kos Bawah RM5.5K, Wanita Ini Kongsi Pengalaman Tunai Umrah Secara DIY. Berbaloi!
Seronoknya dapat jejak tanah suci Mekah.
Setiap orang yang beragama Islam pastinya mempunyai impian untuk menunaikan ibadah umrah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup
Bagi menunaikan ibadah ini, kebanyakan individu lebih suka untuk menggunakan pakej yang disediakan oleh pelbagai agensi umrah berbanding mengerjakannya secara sendiri atau DIY.
Ini kerana, mungkin pada pandangan mereka cara tersebut adalah lebih selamat dan teratur berbanding jika mereka menguruskannya sendiri.
Namun perkongsian seorang pengguna Facebook bernama Siti Hanis Khairul' Zaman ini mungkin boleh membantu serta membuka mata mana-mana individu untuk menunaikan umrah secara sendiri atau DIY
Perkongsian wanita ini telah mendapat lebih daripada 300 shares setakat artikel ini ditulis.
Di dalam perkongsiannya itu, beliau telah memberikan tips penuh serta kos yang telah dikeluarkan sepanjang menguruskan umrah bersama suaminya baru-baru ini.
Wanita ini menyarankan agar mereka yang mahu menunaikan umrah secara sendiri untuk membeli tiket dengan lebih awal kerana harganya lebih murah
Step by step flow pengurusan umrah DIY:
1) BOOKING FLIGHT TICKET
Kami pilih multi city (Kul - Med, Jed -Kul).. harga return ticket utk premium flight dalam range 2.3k ~ 2.8k.. kalau last minit book, standby la 3k++ .
2) BOOKING HOTEL
Hotel Mekah dan Madinah boleh book via OTA or book direct di website hotel. Kami book melalui Agoda. Boleh compare jarak ke Haram via google maps dan sila gigih baca hotel reviews.
3) KURSUS UMRAH
Kami attend kursus umrah percuma anjuran Tabung Haji atau Surau Tabung Haji (setiap Sabtu 9am ~ 12pm).
4) SUNTIKAN VAKSIN
Boleh dapatkan suntikan meningitis di mana-mana klinik swasta or boleh tanya juga di Klinik Kesihatan jika mereka ada balance stock haji. (kami tak ambil vaksin ni).
5) SAUDI TOURIST VISA
Kami apply online 3 weeks sebelum fly, tak sampai 5 minit siap! Valid setahun from the date issued and boleh stay, up to 90days per entry.
6) HARAMAIN HIGH SPEED RAILWAY TICKET
Kami booking ticket train HHSR from Madinah ke Mekah online, a week before fly. Alhamdulillah travel by HHSR jimat masa perjalanan as compared with Saptco bus. 2 jam 30 minit dah sampai.
7) TRAVEL & MEDICAL INSURANCE
Untuk cashless travel Insurans, kami pilih Tripcare Etiqa 360 Takaful (better pilih gold or platinum coverage) dan untuk medical card pula kami pilih Al Khairi Care instead of Medic Pilgram sebab coverage yang lebih tinggi.
Katanya, bagi yang pertama kali menunaikan umrah secara sendiri, kebiasaannya mutawwif yang akan diupah adalah dari kalangan ustaz, ustazah atau pelajar Malaysia yang sedang menuntut di sana
8) SIM CARD
Kami beli Celcom 3GB umrah sim card kebetulan ada promo buy 1 free 1, Dec 2019, boleh juga beli sim card dengan telco di sana seperti Zain, mobily dan etc. Beli awal dari sini lebih mudah untuk yang plan nak book Uber or Careem di airport nanti once dah sampai.
9) MUTAWIF/ MUZAWWIR
Bagi yang DIY dan pertama kali buat umrah, biasanya akan upah mutawif (dari kalangan ustaz ustazah or students Malaysia di sana) untuk membimbing umrah atau juga Muzawwir untuk penceritaan sejarah semasa ziarah luar. Kami tak ambil khidmat mutawwif.
10) TRAVEL ITINERARY DOCUMENTS
Kami print dan compilekan semua booking dan Insurans policy, photostat passport n visa at least 5 copies dan simpan contact numbe dan alamat kedutaan Malaysia di Jeddah sebelum fly.
11) UMRAH LEAVE
Jangan lupa apply cuti dan kebenaran keluar negara especially untuk government servant.
12) KELENGKAPAN UMRAH
Pakaian ihram, jubah-jubah, uncang kasut kami guna semula yang dah ada dari umrah sebelum ni. Alhamdulillah masih elok lagi jimat.
Perjalanan umrah secara DIY lebih bebas dari segi masa dan aktiviti
- Pemberat utama kos umrah DIY adalah terletak pada flight ticket dan hotel. Jika dapat harga promo airlines ticket to Madinah or Jeddah, or tak kisah naik AirAsiaX dan tak kisah stay di hotel 3 bintang dengan jarak 400m ke Al Haram atau lebih, penjimatan adalah lebih besar dan kos keseluruhan umrah diy, lebih murah. (Untuk trip kali ni, kami pilih untuk stay di hotel 5 bintang dengan jarak yang dekat dengan Haram.
- Umrah DIY sangat sesuai untuk yang biasa travel dan menguruskan perjalanan sendiri tanpa agen. KOS BUKAN FAKTOR UTAMA pilihan melakukan umrah secara DIY. Terdapat banyak travel agent yang menawarkan pakej umrah budget sekitar 5k per pax untuk yang tidak kisah stay sebilik 4 ke 5 orang dengan jemaah yg baru dikenali.
- Perjalanan umrah secara DIY lebih bebas dari segi masa dan aktiviti, tidak terikat dengan jadual agen, ada waktu untuk ke sana ke sini mengikut kemahuan diri, tidak terikat dgn waktu makan buffet di hotel, boleh berlama-lama dan beriqtikaf di Haram.
- Kos tourist visa ke Saudi berbanding visa umrah adalah lebih murah.
Kebiasaannya DIY travellers ke Jeddah akan ambil package cashless medical & travel Insurans sebelum ke sana.. kami pilih Etiqa Tripcare 360 Takaful, Syariah complient bersama2 dengan Al Khairi Care sebagai perlindungan dari sebarang keadaan yg tidak diingini sepanjang tempoh permusafiran di sana.
Perjalanan menunaikan umrah secara DIY tidak sama dengan melancong ke negara-negara lain
- Pengangkutan awam seperti Uber, Careem, Umrah Cab, Saptco VIP express bus, Haramain High Speed Railway, Maleem bus sangat memudahkan pergerakan dari satu tempat ke tempat yg lain. Tiket HHSR dan Saptco bus juga boleh dibeli secara online or walk in.
- Menguruskan sendiri perjalanan, penempahan dan segala urusan berkaitan Umrah DIY lebih puas hati, di samping dapat menimba ilmu dan pengalaman yang sangat berharga. Dengan adanya tourist visa, jemaah atau travellers boleh mengunjungi tempat-tempat pelancongan atau tempat bersejarah dalam Saudi tanpa halangan seperti ke Thoif, Riyadh dan sebagainya selain mengerjakan ibadah umrah dan visa valid sehingga setahun. Visa umrah hanya valid untuk 30 hari dan kawasan keberadaan jemaah hanyalah limited kepada Makkah, Madinah dan Jeddah sahaja. Walau bagaimanapun, visa umrah sekarang ni yang semakin meningkat naik harganya, masih lagi reliable untuk jemaah-jemaah travel agent khususnya warga emas atau jemaah-jemaah yang uzur yang memerlukan rawatan percuma di Hospital awam Makkah atau Madinah.
- Walaupun bukan pertama kali mengerjakan ibadah umrah, kami tetap luangkan masa beberapa kali ke kursus umrah percuma anjuran Tabung Haji di surau TH setiap Sabtu 9am ~ 12.30pm, untuk revise semula ilmu berkaitan rukun dan ibadah umrah serta mendapatkan info berkaitan muzakarah haji / umrah yg terkini.
- After all, perjalanan umrah DIY tetap tidak sama dengan travel sendiri ke negara-negara lain.
Kos lengkap perjalanan umrah secara DIY
1) FLIGHT TICKET
Oman Air
KUL - MED (transit Muscat) 27/1/2020
JED - KUL (transit Muscat) 5/2/2020
Total return ticket for 2 of us : RM4650
RM2325 per pax
2) ACCOMODATION
- Hotel Millennium Al Aqeeq Madinah (5 star hotel). A minute walk to Gate 17 Al Haram. 3 minutes walk to Gate 25 (Raudhah for woman)
- Hotel Zam Zam Pullman Makkah (5 star). Zam Zam tower, 50meter to Al Haram.
30th Jan to 5th Feb : RM2600
Total cost for accommodation : RM3717 (RM1858.50 per pax)
3) SAUDI TOURIST VISA
Total cost for visa : RM1012
RM506 per pax
4) CASHLESS TRAVEL INSURANS
Etiqa 360 Takaful : RM110
RM55 per pax
5) MEDICAL CARD
Al Khairi Care : RM80 (valid for 16days at Jeddah
RM40 per pax
6) TRANSPORTATION
MADINAH
Uber : Madinah Airport to Millennium Al Aqeeq Hotel : RM30
Millennium Al Aqeeq Hotel to HHSR Station (Madinah) : RM26
Zyara Bus :
Masjid Nabawi to Masjid Quba, Qiblatain, Al Khandaq & Jabal Uhud
RM15 x 2 : RM30
Haramain High Speed Railway (HHSR):
Madinah to Makkah, RM160 x 2 : RM320
MEKAH
Uber: HHSR Station (Makkah) to Pullman Zam Zam Hotel : RM28
Saptco Bus: Masjidil Haram to Tanaim: RM12
Teksi Ujrah : Masjidil Haram to Jabal Nur : RM30
Pullman Zam Zam Hotel to Jeddah Airport : RM150
Total cost for transportation : RM626
RM313 per pax
7) MEAL
10 hari : RM450
RM225 per pax
8) SIM CARD
Celcom Umrah sim card 3GB : RM68 (promo buy 1 free 1) RM34 per pax
GRAND TOTAL PER PAX : RM5356
*Hotel 5 bintang, bilik berdua, jarak sangat dekat dengan Al Haram, premium flight & travel by Haramain High Speed Railway from Madinah to Mekah.
*Kami dah survey 2 ke 3 travel agents untuk package umrah stay di Zam Zam Pullman Hotel, bilik berdua dan travel by HHSR from Madinah to Mekah untuk date yang kami mahukan, kesemuanya menawarkan harga bermula RM6800 per pax. Jadi pilihan diy adalah lebih jimat untuk kami.