seismik

Lebih 6k 'Retweets', Lelaki Ini Kongsi 5 Kaedah Untuk Selamat Jika 'Travel' Ke Luar Negara

Tips ini diberikan sendiri oleh pegawai dan anggota dari cabang Cawangan Khas, Kor Risik, Pegawai Duta luar negara, dan Pegawai Tadbir Diplomatik.

Cover image via The Vocket

Sebelum anda mempunyai perancangan untuk ke luar negara, ada beberapa penyediaan dan tips berguna yang perlu dititikberatkan

Bukan sahaja penerbangan, penginapan hotel dan kereta sewa sahaja perlu anda fikirkan ya. Semua itu merupakan perkara biasa yang memang akan disenaraikan seawal yang boleh.

Anda juga perlu menitikberatkan tentang keselamatan dan pengawasan rumah anda. Mana tidaknya, anda bakal ke luar negara dan meninggalkan rumah untuk jangka masa yang agak lama, perlulah pastikan bahawa rumah anda berada dalam keadaaan selamat dan berkunci.

Gambar sekadar hiasan

Image via Senang Travel

Bukan setakat itu sahaja, anda juga perlu mengetahui dengan lebih details tentang negara yang bakal dilawati dan kenali matawang negara tersebut. Pasport juga perlu diperiksa terlebih dahulu bila tarikh tamat tempoh dan semak kembali jika negara yang bakal anda lawati memerlukan visa atau tidak.

Paling penting sekali, semak kawasan penginapan dan pelajari peta kawasan sekitar. Supaya jika berlaku apa-apa kecemasan, anda tahu ke mana sepatutnya anda perlu pergi.

Gambar sekadar hiasan

Image via Cari Infonet

Percayalah, dengan adanya checklist persiapan sebelum travel, ianya bakal memudahkan perjalanan anda.

Seperti perkongsian di laman Twitter @projekhitam berkenaan dengan Kaedah Travel Ke Luar Negara yang diberikan sendiri oleh seorang pegawai kerajaan yang sering travel ke luar negara

Untuk pengetahuan anda, setiap tips yang dikongsi adalah hasil dari pengalaman dalam bidang mereka sendiri dan ianya bukanlah sesuatu yang sensitif untuk dikongsikan kepada orang ramai.

Malah, tips ini juga diajar sendiri oleh pegawai dan anggota dari cabang Cawangan Khas, Kor Risik, Pegawai Duta luar negara, dan Pegawai Tadbir Diplomatik.

Image via Tenor

Perkongsian tersebut telah meraih sebanyak 6 ribu retweets dan 8 ribu likes ketika artikel ini ditulis. Baca tips penuh di bawah:

1. Pakaian adalah utama

Gambar sekadar hiasan

Image via Blog ACT

Semasa travel, elakkan memakai pakaian yang buatkan orang pandang kau dua kali. Topi besar, cermin mata hitam macam side mirror, kamera tergantung pada leher. Itu adalah clear sign yang kau ni pelancong. Seeloknya pakai pakaian yang sama macam orang lain.

Pakaian sesuai dan umum adalah seluar dan baju biasa berwarna sederhana macam biru gelap, kelabu gelap. Bukan warna kuning, oren, pink. Pakaian macam ni akan buatkan kau dipenuhi ciri locality dan sememangnya berasal dari tempat kau nak lawat tu, dan tidak jadikan kau target.

2. Sentiasa tahu keberadaan

Image via twimg.com

Aurora beritahu, ada seorang pegawai Duta ni sentiasa print peta dari google map tentang kawasan yang dia akan pergi. Dia akan pastikan dia tahu mana Duta Malaysia, dia tahu dimana balai polis, dan dia juga tahu jalan untuk pergi ke Airport.

Dia akan simpan peta ni dalam beg untuk kegunaan pantas, dan di bahagian belakang peta, dia akan isi salinan pasport dia serta no telefon duta Malaysia untuk kecemasan kalau terjadi apa apa.

3. Sentiasa sembunyikan kewarganegaraan anda

Gambar sekadar hiasan

Image via choliqbida.blogspot.com

Terdapat pelbagai kes dari sindiket atau kumpulan jenayah yang sasarkan mangsa megikut kewarganegaraan anda. Contoh untuk tujuan penculikan atau rompakan. Dari maklumat nationality, boleh tahu tahap nilai anda.

Sembunyikan logo pasport anda. Gunakan pasport cover. Jangan tampal pelekat pada bagasi maklumat negara anda. Hal ini termasuklah dengan logo pada baju. Sentiasa sembunyikan maklumat peribadi anda, dan tunjuk pada mereka yang layak sahaja, contohnya: Pegawai Imigresen.

4. Sembunyikan perjalanan anda

Gambar sekadar hiasan

Image via digination.id

Dalam berbual dengan orang asing, sentiasa berwaspada. Gunakan nama samaran. Contoh, nama kau Adam Firdausi. Kawan-kawan panggil Adam, jadi kau gunakan nama Firdausi atau Fir sebagai cover kau. Elakkan beritahu detail tentang mana kau nak fly.

Jangan tipu, cakap kau nak pergi London, tapi last sekali kau jumpa satu flight dengan orang tadi, on the way ke Bangkok. So keadaan jadi awkward, dan timbulkan syak wasangka yang tidak perlu. Beritahu je kau ke 'Bangkok, tapi tak book hotel lagi' even kau dah book hotel.

So lokasi umum kau nak pegi mana itu jelas, tapi tak tahu mana actual spot kau nak duduk. So maklumat berjaya disembunyikan.

5. Sentiasa ada dua wallet dalam poket anda

Gambar sekadar hiasan

Image via Sirap Limau

Ini adalah tips khas dari Aurora yang dia belajar dari seorang veteran polis yang sering masuk ke Filipina dan Thailand. Pegawai ni sentiasa ada dua wallet dalam poket dan diisi dengan duit yang rendah nilai.

Apabila berlaku kes rompakan, pegawai ni akan capai poket belakang sebelah kanan yang ada dalam 15$ sebagai wallet dummy dan beri pada perompak. Kau akan lebih selamat jika ikut tips ini.

No need to kill the robber.

Ingat semua, sentiasa berhati-hati ketika berada di negara orang!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Malaysia mundur? Tak mengapalah, jika ini cerminan 'negara maju':

You may be interested in: