seismik

“Cleotapir. Tapirwer” - Kelakar Betul Netizen Bagi Cadangan Nama Anak Tapir Betina Ni

Manalah anda dapat idea-idea kreatif ni?

Cover image via Twitter @Perhilitan

Tahukah anda bahawa Tapir merupakan salah satu haiwan terancam di Malaysia?

Terdapat banyak sebab bilangan haiwan ini  semakin berkurangan namun, punca utamanya adalah kerana kemusnahan habitat serta ditangkap dan dijual secara haram. 

Selain tapir, antara haiwan terancam lain di Malaysia adalah harimau malaya, gajah kerdil borneo, orang utan, kancil, ungka, seladang, kambing gurun, bayau dan lain-lain.

Bilangan harimau malaya hanya tinggal 300 ekor sahaja di Malaysia.

Image via Free Malaysia Today

Jika dibiarkan perkara ini berterusan, tidak mustahil haiwan-haiwan terancam ini akan menerima nasib sama seperti badak sumbu sumatera yang telah pupus di Malaysia.

Iman sudah tiada.

Image via Harian Metro

Terbaru, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengumumkan kelahiran seekor anak tapir betina di laman Twitter mereka pada 21 Januari 2020

Sebelum ini, Perhilitan turut mengumumkan kelahiran seekor anak tapir jantan pada November 2019 yang diberi nama Beradek mengikut nama 'ibu bapanya' iaitu Bera dan Gadek. 

Ini Beradek.

Image via Sinar Harian

Susulan itu, kelihatan ramai warganet yang teruja untuk memberikan cadangan nama pilihan mereka

Selain itu, ada juga warganet yang kreatif apabila memberikan cadangan nama mengikut trend terkini

Wah, semua nama yang dicadangkan memang best! Apa-apapun, semoga anak tapir ini akan membesar dengan sihat.

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga tentang isu haiwan terancam lain:

You may be interested in: