"Abah Ada Nama, Itulah Tiket Kelayakan Aku Kemana-Mana" - Gadis Kongsi Kisah Kuasa Kabel
Kabel adalah orang yang berpengaruh dalam suatu jabatan di mana tempat seseorang calon itu memohon untuk mendapatkan penempatan dalam mana-mana organisasi atau insititusi.
Mungkin ramai di antara kita mempunyai mindset yang mengatakan, “ada kabel, ada kerja”.
Walhal, calon yang menggunakan kabel ini kadang-kadang adalah calon yang tidak layak.
Kabel bermaksud orang yang berpengaruh dalam suatu jabatan di mana tempat seseorang calon itu memohon untuk mendapatkan penempatan dalam mana-mana organisasi atau insititusi.
Kabel ini digunakan untuk menempatkan “calon” tersebut sama ada dia memang layak, atau dia tidak layak, tetapi tetap dikira sebagai “calon layak”. Perkara ini secara tidak langsung telah menzalimi calon-calon lain yang lebih layak.
Beberapa paparan skrin telah dikongsikan pengguna Twitter @SufiRidhwan yang mana menceritakan tentang kesenangan serta kemudahan hidup seseorang sekiranya mempunyai 'kabel'
Kisah tersebut sebenarnya telah dikongsikan oleh seseorang yang menggelarkan dirinya Firzah menerusi laman IIUM Confession.
Menurut Firzah, meskipun dia bukanlah seorang yang cemerlang dari segi akademik namun ia bukan satu kesukaran baginya untuk mendapat tempat sama ada di institusi pelajaran mahupun tempat kerja. Ini kerana Firzah merupakan anak kepada seorang ahli politik yang mempunyai jawatan tertinggi dalam sebuah syarikat.
Walaupun hidupnya senang namun Firzah tetap tidak berpuas hati dengan dirinya kerana dia tidak pernah betul-betul merasa melakukan sesuatu perkara atas keinginan mahupun usahanya sendiri, malah hanya menurut kehendak ayahnya sahaja.
Berkawan dengan mereka yang serba kekurangan juga telah menyedarkan Firzah bahawa hidup dengan menggunakan 'kabel' ini tidaklah seronok bahkan hanya membuat dia berasa bersalah bukan sahaja pada dirinya sendiri tetapi juga pada mereka yang benar-benar layak.
"Sekarang aku cuma seorang fresh graduate yang ingin menapak di dunia pekerjaan sesuai dengan kelayakan dan usaha aku."