seismik

Terkunci Dalam Tandas, Seorang Lelaki Text Kawannya Untuk Text Ibunya Untuk Bukakan Pintu

Pengajarannya, jangan main phone dalam tandas!

Cover image via Google

Tular di laman sosial Twitter kisah seorang lelaki bernama Hanafi yang meminta pertolongan kawannya ekoran terkurung dalam tandas di rumahnya semasa membuang air besar

Hanafi telah menghantar satu pesanan ringkas kepada kawannya, Asykin, meminta pertolongannya untuk menghantar satu lagi pesanan ringkas kepada ibunya untuk keluarkan dia daripada tandas itu.

Pada mulanya Hanafi merasakan bahawa ibunya secara tidak sengaja terkunci pintu tandas tersebut dari luar semasa dia sedang membuang air besar. Ternyata sebenarnya ibunya memang sengaja mengunci pintu tandas tersebut sebagai pengajaran kerana Hanafi kerap kali membawa telefon bimbit bersamanya ketika dalam tandas.

Tweet yang memaparkan screenshot perbualan tersebut itu telah mendapat lebih 10 ribu retweet ternyata telah menghiburkan ramai netizen.

Baca perbualan tersebut di bawah:

Walau bagaimanapun ramai yang mempersoalkan mengapa Hanafi memerlukan 'orang tengah' untuk membantunya walhal dia boleh sahaja terus WhatsApp ibunya sendiri.

Rupa-rupanya Hanafi 'segan' untuk WhatsApp ibunya

Oleh itu kawan-kawan, jangan main phone dalam tandas, ya!

Tak pasal-pasal nanti kena kurung juga.

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel kelakar di SAYS Seismik:

You may be interested in: