Hati Gadis Ini Bagai Dirobek Saat Ternampak Leher Seekor Kucing Dililit Kabel TV

Kejadian kejam ini berlaku di Jalan Tekukur, Taman Hajjah Kalsom, Kuala Terengganu.

  • Cover image via SAYS

"Sesiapa yang buat Abang macam itu memang sampai hati. Berdebar saya tengok keadaan luka dia macam itu"

Kucing malang ini telah dijumpai oleh seorang gadis yang bernama Nur Nadia di kawasan rumahnya Isnin lepas apabila adiknya ternampak sesuatu seperti tali diikat di leher kucing tersebut. Menurutnya, kucing berwarna jingga itu sering dilihat berkeliaran di kawasan taman perumahannya di Kuala Terengganu.

Image via Metro TV

"Kebiasaannya kucing yang sekarang ini saya panggil Abang tidak berani datang ke rumah saya kerana kucing peliharaan saya agak garang. Tapi hari itu dia mengiau di depan rumah, dan adik perasan pengikat kabel di lehernya sebelum saya panggil ayah untuk potong pengikat berkenaan," kata Nur Nadia yang memelihara lapan ekor kucing.

hmetro.com.my

"Saya bawa Abang ke klinik dan doktor kata luka berkenaan tidak perlu dijahit tetapi perlu dicuci kuman," sambungnya lagi

Apalah salah kucing ini sehingga manusia sanggup menderanya sebegini rupa. Sampai tersiat kulitnya, sudah nampak isi dagingnya sekali. Mujurlah Nur Nadia telah pun membawa Abang berjumpa doktor untuk merawatnya. Nur Nadia juga merancang untuk memelihara Abang memandangkan dia dan keluarga merupakan pencinta kucing sejak dahulu lagi.

Tengok sajalah video klip di bawah ini, kasihannya tak sanggup nak tengok lama-lama

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment