Kulit Anak Ruam, Netizen Kecam Tindakan Ibu Nak Jimat Lampin Mahal - "Tukar 2 Kali Sehari"
Normal ke ni?
Tidak dinafikan, kulit bayi baru lahir agak sensitif
Oleh sebab itu, ibu ayah disarankan untuk mencari bahan lampin yang sesuai dengan kulit bayi. Namun, selain faktor bahan, kebersihan juga perlu dijaga untuk memastikan bayi itu sentiasa sihat kulitnya.
Baru-baru ini, tular sebuah posting di laman X yang memaparkan seorang wanita menukar jenama lampin mahal dan kulit anaknya kembali pulih sebab jarang ruam.
Namun, dia dikecam netizen kerana sikapnya yang ingin berjimat cermat menggunakan lampin berjenama mahal itu. Difahamkan dalam sehari, dia hanya menukar lampin anaknya dua kali iaitu pagi dan petang.
"Jimat pun ye sebab satu hari guna 2 keping ke, pagi and [eyang je tukar. Tak leaking dan tak ruam pun. Kencing banyak tu,
"Baby pula minum susu badan so berak seminggu sekali, lagi la jimat, dia pula time nak mandi baru berak, lagi la jimat, paling banyak pun sehari pakai 3 keping," tulisnya.
"Anti klorin macam mana pun logik lah 2 kali sehari. Sekeping untuk 12 jam? Kita dewasa pakai spender pun berpeluh lagi baby kena simpan ayaq kencing aduh" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.8M views, 2K reposts dan 2K likes di laman X, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut merupakan komen netizen di X:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!