seismik

Model Jadikan Sangkar Tikus Tapak Kasut & Gayakan Sebagai Fesyen Buat Ramai Geli

Entah tikus betul atau tikus palsu.

Cover image via @whatnywears (IG)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, pelbagai trend fesyen yang unik dapat dilihat diciptakan hari ini

Namun, baru-baru ini tular sebuah video seorang model menggayakan kasut yang unik dan tak pernah ada di dunia fesyen telah mencuri tumpuan ramai. 

Model tersebut mengenakan pakaian serba hitam dan kasut yang sangat tinggi. Apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah apabila kasutnya itu mempunyai tapak sangkar tikus. 

Dapat dilihat seekor tikus berada di dalam sangkar tapak kasutnya itu. Perkara itu membuatkan ramai geli dan mengecam pereka fesyen tersebut. 

Ada juga yang tidak percaya tikus itu hidup. Malah, ramai yang mengatakan itu hanya tikus palsu. 

"Itu tikus betul ke? Geli betul" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 123K tontonan, 400K tanda suka dan 1K komen di Instagram, netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut merupakan komen netizen di TikTok:

Pelik-pelik jelah fesyen zaman sekarang ni!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: