seismik

'Kulit Muka Saya Bertambah Teruk Selepas Berhenti Gunakan Produk Tempatan'

'Nak keluar rumah pun rasa malu'.

Cover image via SAYS

Viral di laman Facebook sejak hari Jumaat lagi apabila seorang gadis yang dikenali sebagai Zaty Anuar ini telah kongsikan wajah kulitnya yang rosak akibat menggunakan produk kosmetik tempatan

Menurut Zaty, beliau telah mengalami kerosakan kulit di wajah sejak beliau menghentikan penggunaan produk lokal tersebut. Ketika itu, beliau baru saja menghabiskan sijil diploma pada bulan Oktober yang lalu.

Perkongsian Zaty ini telah mendapat sebanyak 8 ribu likes dan dikongsikan sebanyak 27 ribu kali di laman Facebook.

"Kulit muka saya mula breakout bila saya mula berhenti menggunakan semua produk tempatan," katanya.

Zaty menjelaskan bahawa dia mengambil masa selama sebulan dari sebarang penggunaan produk penjagaan muka untuk membiarkan kulitnya kembali neutral dan bebas dari sebarang bahan kimia. Selepas sebulan rehat, beliau mula menggunakan tips penjagaan ini pada bulan Disember yang lalu.

Ini adalah perkongsian Zaty mengenai penjagaan wajahnya:

Image via fbcdn.net

"Masa muka breakout teruk mmg pakai 3 benda ni je. Before cuci muka make sure guna makeup remover dulu, Tak kisah la pakai bedak saja ke foundation ke, memang WAJIB pakai make up remover and then baru la cuci muka guna Cetaphil. Bab cuci muka ni paling penting sbb kalau muka tak bersih susah nak terima produk yang kite pakai. Then pakai Dalacin T (area jerawat je okay), pastu pakai moisturizer sebab kadangnye Dalacin T ni boleh keringkan kulit muka. Tapi disebabkan saya ni kulit berminyak so tkde la effect tu.
Lepas jerawat dh surut skit, baru lah saya pakai Mederma untuk parut dan serius memang menjadi! Toner pulak saya pakai Aiken Tea Tree, feveret gila bau dia. Toner sy pakai lepas cuci muka malam ya. Dan utk mask saya pakai clay mask Aztec Healing Clay Mask. Clay mask ni best, bila pakai rasa mcm dia urut-urut muka gitewww. Pakai 2-3 kali seminggu and for 15-20 minit je and please jangan bawak tido! Its normal bila muka merah lepas cuci, 30 minit camtu hilang la merah tu and rasa muka bersih sangat. Function clay mask ni kecilkan pori, kecutkan jerawat, bersihkan pori, hilangkan parut, kurangkan minyak dan macam-macam lahh. Produk-produk lain yang saya pakai boleh rujuk gambar. Semua produk saya pakai adalah affordable semuanya below RM100".

Dibawah ini adalah 11 tips penjagaan muka yang digunakan oleh Zaty sendiri:

Langkah penjagaan ketika muka masih berjerawat:

1. Bersihkan makeup di wajah menggunakan Garnier Micellar Water Cleanser.
2. Kemudian, cuci muka menggunakan Cetaphil Cleanser.
3. Sapukan sedikit Dalacin T di kawasan muka yang berjerawat.
4. Akhir sekali, gunakan Magic Jelly untuk melembabkan kulit dan juga meredakan kemerahan di muka.

Langkah penjagaan selepas jerawat mulai reda:

1. Bersihkan makeup di wajah menggunakan makeup remover Garnier Micellar Water Cleanser.
2. Skrub muka menggunakan St. Ives Green Tea Scrub (gunakan sebanyak 2-3 kali seminggu).
3. Cuci muka anda menggunakan Cetaphil.
4. Gunakan Aztec Healing Clay Mask (juga sebanyak 2-3 kali je seminggu dan selama 15-20 minit).
5. Sapukan toner Aiken Tea Tree, tuangkan sedikit di kapas dan gosokkan di muka anda.
6. Kemudian, sapukan ubat Merdema di bahagian muka yang berparut saja.
7. Akhir sekali, sapukan Magic Jelly di muka seperti biasa.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Tahukah anda dua produk Malaysia telah pun di*ban* kerana kandungannya yang membahayakan:

Ini pula adalah taktik bagaimana peniaga hari ini menipu pelanggan dalam menjual barangan kosmetik:

You may be interested in: