Lagi Kes Buli Dilaporkan, Pelatih Tahun Satu UPNM Alami Retak Tulang Rusuk & Belakang
Ketika kejadian mangsa sedang berada di tepi padang kawad setelah selesai sesi panggil nama.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Satu lagi kejadian buli dilaporkan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) membabitkan pelatih Tahun Satu yang mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang
Menerusi laporan daripada Berita Harian, kejadian dilaporkan pada 21 Oktober lalu, sehari sebelum seorang pelajar tahun dua universiti berkenaan ditekap seterika oleh pelajar tahun empat.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, ketika kejadian mangsa sedang berada di tepi padang kawad setelah selesai sesi panggil nama.
"Mangsa berusia 19 tahun dilaporkan mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak oleh seorang pelatih tahun tiga.
Akibat daripada kejadian itu, mangsa kini sedang mendapatkan rawatan di hospital berikutan kecederaan yang dialami.
Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
"Laporan polis berhubung kejadian ini diterima jam 8.40 malam Jumaat lalu di UPNM Kem Sungai Besi.
"Kes masih di peringkat siasatan dan pihak polis menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan dilengkapkan," katanya.
Pada Khamis lalu, seorang pelajar tahun empat dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur, mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan selepas menekap seterika terhadap seorang pelatih tahun dua.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!