seismik

"Otak Sempoa" - Laju Hitung Harga, Cara Mak Cik Ini Kira Tanpa Kalkulator Buat Ramai Kagum

Power betul!

Cover image via @nasuhahahax (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kalau kita makan di kedai, sudah pasti akan ada tukang kira harga makanan

Kadangkala mereka memerlukan kalkulator untuk mengira kesemua harga makanan kerana jumlah yang banyak. Namun, ada juga yang dilahirkan memang power bab mengira. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang makcik mengira harga makanan pelanggannya tanpa kalulator telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

@nasuhahahax

Makcik roti canai legend ! Boleh masuk world book of record : The fastest human calculatorrr gituuu.

original sound - nasuhahaha - nasuhahaha

Kira dengan laju, tak pakai kalkulator pun

Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah keluarga sedang bersarapan di sebuah gerai roti canai tepi jalan.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila seorang mak cik mengira harga makanan pelanggannya dengan laju. Lebih mengejutkan lagi, dia juga mengira tanpa menggunakan kalkulator. Perkara itu membuatkan ramai teruja dan kagum melihat kepakarannya.

"Yang penting tangan angkat tunggu duit" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 211K tontonan, 17K tanda suka dan 200 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat mak cik itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Mungkin mak cik ni cikgu Matematik yang dah lama bersara! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik dan temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: