seismik

"Takut Tali Putus" - Berani Cabar Diri Main Bungee Jumping, Gadis Ini Buat Ramai Terkedu

Gayat oi!

Cover image via @_eefa (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Ramai yang gemar melakukan aktiviti outdoor kerana sukakan level extreme

Namun, tidak semua orang berani untuk melakukan aktiviti seperti bungee jumping. Bungee jumping merupakan aktiviti yang memerlukan anda untuk melompat daripada kawasan tinggi. Tidak dinafikan, ramai yang gayat dan takut untuk melakukannya.

Namun, lain pula dengan gadis ini apabila videonya yang melakukan bungee jumping di satu kawasan telah tular dan mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@_eefa

Kalau diberi peluang korang berani tak?

original sound - Eefa - Eefa

Tak gayat dan terus melompat sambil memegang tripod

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis sedang bersiap sedia untuk melakukan aktiviti bungee jumping di Kuala Kubu Bharu. Dipercayai, kawasan itu merupakan kawasan yang tinggi dan terletak di sebelah lebuh raya. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia dilihat sangat berani dan tidak gayat untuk melakukan aktiviti itu. Dia siap memegang tripod dan merakam dirinya. Gadis itu dilihat melompat sebaik saja disuruh oleh penyelia di situ. 

Lihat video sambungan itu di bawah: 

@_eefa

Reply to @dayahhh98 HAHAHAHA dah macam ape dah, superman pun ye gak

original sound - Eefa - Eefa

"Cara-cara prank malaikat maut boleh dicuba kalau mahu hidup lama" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 5M tontonan, 366K tanda suka dan 9K komen di TikTok, rata-rata netizen turut kagum dengan keberaniannya. Malah, ramai yang memberikan pelbagai reaksi terhadap gadis itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @_eefa (TikTok)
Image via @_eefa (TikTok)
Image via @_eefa (TikTok)
Image via @_eefa (TikTok)

Berani betul dia, kalau kita memang dah terketar-ketar lutut! :'D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: