[VIDEO] Baru Nak Curi Makan Corndog Masa Pantang, Sekali Suami Jerit Ngadu Dekat Mak
Kesian bini dia, mata dah bersinar dah tu.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Setiap wanita yang bersalin perlulah berpantang sekurang-kurangnya selama 44 hari
Ia diamalkan untuk mempercepatkan proses sembuh akibat jahitan semasa bersalin di hospital. Selain itu, mereka juga perlu berpantang dari segi pemakanan.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang wanita mengidam makanan segera semasa berpantang telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Suami baik hati belikan makanan tetapi sebenarnya saja nak kenakan
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang berpantang sambil menggendong bayinya di bilik tidur.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila si suami pulang membawakan pelbagai makanan yang terdiri daripada corndog, ayam McD, kentang dan macam-macam lagi.
Disebabkan isterinya itu telah lama mengidam, suami pun hanya akur dan memberinya peluang untuk makan. Namun, sebaik saja wanita itu memasukkan corndog ke dalam mulut, suaminya menjerit dan mengadu ke mak mentuanya.
Perkara itu membuatkan si isteri meludah balik makanan sehingga tidak jadi untuk makan makanan yang dibeli.
"Lah kesian, member baru nak telan tu" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2M tontonan, 201K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur. Malah, ramai yang memberikan pelbagai reaksi.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!