seismik

[VIDEO] Syok Naik Motor Mainan, Budak Jatuh Terlanggar Pintu Ini Cetus Perbualan Ramai

Lain kali tengok depan dik.

Cover image via @amierullah_razali93 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kanak-kanak dengan mainan memang tidak dapat dipisahkan

Tambahan lagi, kalau dapat mainan seperti kereta atau motosikal. Confirm tak akan turun malah kadang akan berebut dengan adik-beradik atau saudara-mara yang datang. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang budak lelaki syok duduk di motosikal mainan sehingga terlanggar pintu telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Baru nak setting tapi dah terciduk langgar pintu sampai jatuh

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak lelaki sedang syok menaiki motor mainannya di ruang tamu. 

Apa yang lebih melucukan adalah apabila dia dilihat ingin membetulkan sesuatu di bahagian depan motor mainannya. Namun sedang asyik dia tengah membetulkan, dia tidak perasan depannya adalah pintu sehingga dia melanggarnya kemudian jatuh. 

"Kan dah kata ambil lesen dekat tempat berdaftar" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 439K tontonan, 54K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat budak itu. Malah, ramai yang memberikan reaksi terhadap situasi itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Allahu dik, lain kali bawa motor tengok depan tau! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: