"Gila Kuasa" - Anak Minta Ayah WhatsApp Cikgu Lantik Ketua Kelas Buat Ramai Terhibur
Dia memang dah lama aim ni.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sejak sesi persekolahan bermula, pelbagai ragam yang dipaparkan oleh anak-anak murid yang baru balik dari sekolah
Yang peliknya, ada yang sampai menangis sebab nak duduk di sekolah kerana ramai kawan dan tidak mahu pulang ke rumah. Kebiasaannya, kebanyakan budak memang takut untuk pergi ke sekolah terutamanya budak yang baru naik tahun 1.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok apabila seorang budak lelaki mengadu ke ayahnya kerana tidak dilantik menjadi ketua kelas telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Selamba suruh ayah WhatsApp cikgu sebab nak jadi ketua kelas
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak lelaki sedang berada di dalam kereta ayahnya selepas tamat sesi persekolahan.
Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila dia mengadu ke ayahnya kerana cikgu tidak melantik dirinya untuk menjadi ketua kelas. Lebih melucukan lagi adalah apabila dia dilihat menyuruh ayahnya WhatsApp cikgu untuk melantiknya sebagai ketua kelas.
"Abang nak jadi ketua kelas. Cikgu tak pilih abang."
"Abang takut dengan cikgu, WhatsApp la cikgu Zaim", katanya.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"See the confident level. I'm so proud of you adik. Satu hari nanti mesti satu sekolah akan kenal kau dik" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 866K tontonan, 59K tanda suka dan 4K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi terhadap situasi itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Amboi dik, dulu kita semua tunduk tau bila cikgu tanya. Terbaiklah adik berani nak jadi ketua kelas! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!