seismik

"Berjangkit" - Budak Kecil Mengantuk Dalam Kelas, Last-Last Rakannya Juga Kecundang

Baiknya dia tadah supaya kawannya tak jatuh.

Cover image via @niadhiaghazali (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Hari pertama persekolahan sudah pasti macam-macam ragam yang ditunjukkan oleh para pelajar

Ada yang menangis nak balik rumah, ada juga yang balik dengan tudung senget-benget dan macam-macam lagi. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang budak kecil mengantuk dan tidur dalam kelas namun rakannya terjebak sekali telah mencuri tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Mula-mula baik hati tadahkan muka kawan supaya tak terhantuk, sekali dia juga mengantuk

Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan budak sedang berada di dalam kelas sambil diajar gurunya cara solat. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila salah seorang budak perempuan dilihat sangat mengantuk sehingga tidur di kelas. Dia tidur dalam keadaan duduk sambil kepalanya tersengguk-sengguk. 

Rakan di sebelahnya terus melihat dan tolong menadahkan tangan supaya rakannya itu tidak terhantuk. Sekali pada akhirnya, dia juga tewas dan kelihatan matanya terkebil-kebil. 

"Member sebelah punya alert, tahan tangan takut dia jatuh. Bagus kawan tu" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.1M tontonan, 98K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat dua budak perempuan itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Alahai, kesian tengok dia tersengguk-sengguk macam tu. Agaknya pukul berapa la dia tidur semalam :'D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik