[VIDEO] Dah Nak Habis Makan, Baru Perasaan Ada Lipas Dalam Makanan Buat Ramai Terkejut
Tenang je dia tegur.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kalau makan di luar, selalunya sudah pasti kita akan memilih tempat makan yang bersih bukan?
Iyalah, untuk mengelakkan daripada terkena keracunan makanan, kita perlu makan makanan yang bersih dari segi penyediaan dan persekitarannya.
Namun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok apabila seorang wanita menemui lipas dalam makanannya telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Jumpa lipas dalam mi masa dah nak habis makan
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang makan di sebuah kedai yang tidak dikenal pasti sambil membuat live.
Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila dia terjumpa seekor lipas dalam makanannya yang berupa mi. Dia kemudian menegur tukang masak itu dengan cara yang baik dan tenang. Dia juga dilihat sangat matang semasa memberi teguran dan nasihat kepada tukang masak itu.
"Baiknya cara menegur, kalau kaklong 7E mampus terangkat meja kedai tu" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2M tontonan, 254K tanda suka dan 5K komen di TikTok, rata-rata netizen turut kagum dengan cara dia memberi teguran.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!