seismik

"Kesian Dia" - Jalan Jam Ingat Ada Kemalangan, Rupa-Rupanya Ada Yang Tidur Tengah Jalan

Bangun bangun!

Cover image via @_gulaguli (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik. 

Sudah menjadi kebiasaan bagi pengguna jalan raya untuk menghadap kesesakan lalu lintas di atas jalan raya

Kebiasaannya, jalan raya akan sesak apabila waktu office hour. Selain itu, jalan raya juga akan sesak apabila ada kemalangan yang berlaku sehingga semua kereta akan bergerak lebih perlahan daripada biasa. 

Namun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan kesesakan lalu lintas disebabkan khinzir jatuh dan terbaring tengah jalan telah menarik perhatian ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Khinzir jatuh dari lori dan terbaring tengah-tengah jalan raya

Menurut video berkenaan, kelihatan berlakunya kesesakan lalu lintas di sebuah jalan raya yang tidak dikenal pasti. 

Ramai yang menyangka kesesakan itu berlaku disebabkan kemalangan. Namun, rupa-rupanya terdapat seekor khinzir yang berada di tengah jalan sehingga menyebabkan banyak kereta tidak dapat memandu di lane berkenaan. 

"Kenapa tidur tengah jalan ada rumah sendiri kan, haih nak jugak tidur tengah jalan" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.2M tontonan, 47K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi terhadap situasi itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Nasib baik dia duduk diam-diam, kalau lari berkeliaran lagi bahaya!

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: