seismik

"Lama Tak Jumpa" - Biawak Kantoi Berpelukan Di Tempat Letak Kereta Curi Tumpuan Warganet

Sebenarnya, itu cara mereka bergusti.

Cover image via @adriananaziha (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik. 

Biawak merupakan haiwan yang kebiasaannya dapat dijumpai di tasik ataupun hutan

Tidak dinafikan jika kita terjumpa biawak di jalan raya atau di depan rumah, sudah tentu pasti kita akan menjadi cemas dan takut bukan?

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di Twitter yang memaparkan dua ekor biawak panjang dan besar sedang berpelukan curi tumpuan netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

Berpelukan seolah-olah tidak berjumpa lama dan melepaskan rindu

Menerusi video berkenaan, didapati sekumpulan perempuan sedang berada di dalam kereta sambil merakam biawak itu di tempat letak kereta Pusat Penilaian COVID-19 (CAC).

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila mereka terjumpa dua ekor biawak sedang berpelukan di kawasan parkir yang kosong itu. Kedua-dua ekor biawak itu seolah-olah seperti sedang menari dengan romantik.

Namun begitu, sebenarnya biawak itu tidak berpelukan, sebaliknya difahamkan mereka sedang bergusti. Haiwan biawak akan bergaduh dengan biawak yang lain untuk merebut sesuatu kawasan atau mendapatkan biawak betina.

Mereka akan menggunakan kuku yang tajam dalam pergaduhan sehinggalah salah seekor tumpas dan kalah.

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:

"Agaknya baru habsi kuarantin kot, lama bebeno tak jumpa gayanya" -Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut teruja dengan biawak yang besar itu. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 638K tontonan, 5K retweets, 2K quote tweets dan 9K likes di Twitter. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Besar betul biawak tu, agaknya gaduh pasal apa lah ya?

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: