seismik

Lebih 18k 'Retweet' Wanita Ini Kongsi Tips Berguna Untuk Penghidap Sakit Resdung

Cara ini boleh melegakan rasa tidak selesa ketika menghadapinya.

Cover image via Twitter @reenarazak

Resdung atau nama saintifiknya sinus memang sinonom dengan orang melayu. Resdung juga merupakan singkatan bagi masalah resah hidung. Pernahkan anda mengalaminya secara berterusan sehingga melebihi sebulan?

Image via Koleksi Viral

Jika anda mengalami masalah ini sehingga melebihi sebulan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor pakar bagi memastikan anda mendapat rawatan dan ubat-ubatan yang sepatutnya.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang wanita di laman Twitter yang dikenali sebagai Reena Razak tentang tips untuk penghidap resdung dan hidung yang sering berair.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Pada hari yang penting, kebiasaannya untuk mengelakkan bersin banyak kali, dia akan mengambil ubat ini yang dipanggil Clarinase. Boleh didapati di mana-mana farmasi.

Sterimar ini pula digunakan untuk membersihkan hidung. Anda boleh tonton di YouTube tentang cara untuk menggunakannya. Juga boleh didapati di mana-mana farmasi.

Ini pula merupakan produk yang sangat berguna untuk penghidap sinus. Iaitu NeilMed Sinus Rinse. Sebelum menggunakannya, boleh tonton di YouTube dahulu untuk cara sebetulnya.

Sebelum menggunakan produk ini, pastikan baca arahan dengan jelas terlebih dahulu ya. Atau boleh tonton klip di bawah:

Step paling terakhir adalah cara untuk menghilangkan jerawat resdung yang degil di muka anda. Tapi pastikan anda beli Aztec Mask (Indian Healing Clay) ini yang original tau!

Menurutnya, dia telah mencuba pelbagai cara untuk menghilangkan penyakit resdung. Namun tidak pernah hilang. Ini merupakan solusinya yang memberikan kesan yang mendadak.

Untuk anda yang tidak pernah menggunakan Sinus Rinse ini sebenarnya tidak menyakitkan. Malah, ianya boleh membantu anda untuk bernafas dengan lebih mudah selepas itu.

Senang sahaja bukan? Jika anda mengalami masalah resdung atau sinus ini, boleh cuba cara di atas. InsyaAllah berkesan. :)

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lebih perkongsian menarik di SAYS SEISMIK:

You may be interested in: