seismik

"Lebih Pantas & Lancar" - Aplikasi Berita Terbaru, Lumi News Malaysia Kini Dilancarkan

Sangat bermanfaat untuk mereka yang menguasai banyak bahasa!

Cover image via Lumi News Malaysia & Freepik

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Umum sedia maklum, media sosial kini sudah menjadi medium utama untuk mendapatkan berita dengan pantas

Begitupun, ianya lebih mudah sekiranya anda mendapatkan maklumat melalui berita dalam satu aplikasi.

Oleh itu, baru-baru ini satu aplikasi berita yang dikenali sebagai Lumi News Malaysia telah diperkenalkan bagi membolehkan anda mendapatkan berita terkini dengan pantas yang dilaporkan oleh lebih 30 penerbit berita berkualiti seperti New Straits Times, Free Malaysia Today, The Vocket, Berita Harian, Harian Metro, SAYS, The Rakyat Post, Cilisos, SoyaCincau dan banyak lagi.

Aplikasi Lumi News Malaysia ini boleh dimuat turun secara percuma dengan membuat pencarian ‘Lumi News Malaysia’ di Google Play Store dan Apple App Store.

Dalam pada itu, ciri ‘Berita Baik’ di Lumi juga membolehkan pengguna disajikan dengan senarai berita terkini yang memberi inspirasi, optimistik, mencuit hati dan menggembirakan, sebaik sahaja mereka membuka aplikasi Lumi.

Malah, pengguna juga boleh memilih untuk menerima pemberitahuan untuk berita baik sahaja, atau disertakan dengan pemberitahuan berita lain. Justeru itu, Lumi memberikan orang ramai akses terus tanpa gangguan kepada sumber-sumber berita yang mereka ketahui dan percayai, semuanya dalam satu aplikasi.

Bukan itu sahaja, Lumi turut mempunyai paparan khas Covid-19 yang menunjukkan kadar vaksinasi harian, perkembangan vaksinasi dan statistik kes di setiap negeri.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: