seismik

[VIDEO] "Naya Pak Karim" - Suami Terjatuhkan Tudung Isteri Ketika Sidai Ini Curi Tumpuan

Habis kena marah nanti, harap si suami tabah.

Cover image via @amanzainalabidin (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bila sebut je pasal tudung berkedut, ia merupakan perkara yang paling digeruni kaum wanita

Bukan apa, menggosok tudung merupakan proses yang agak leceh. Lebih-lebih lagi jika material tudung itu jenis satin atau lembut, lagilah susah nak jaga.

Namun lain pula hal yang terjadi kepada seorang lelaki ini apabila dia secara tidak sengaja terjatuhkan sehelai kain tudung milik isterinya di jemuran.

Insiden mengenai kain tudung itu sempat dirakamnya sehingga mencuri perhatian ramai setelah dia memuat naik video berkenaan ke laman media sosial TikTok.

Berikut di bawah adalah video penuh yang dimuat naik oleh lelaki berkenaan:

Kain tudung milik isterinya dilihat berada di atas bumbung rumah jiran bawah

Dalam video berkenaan kelihatan grill luar yang dibuat tempat menjemur pakaian. Satu tangan dilihat seakan sedang mengira kain di jemuran dan ada satu yang hilang. Rupa-rupanya tudung isteri terjatuh ketika sidai.

Ketika artikel ini ditulis video berkenaan telah pun meraih lebih 181.7K tontonan, 4533 tanda suka dan 497 komen di TikTok

Rata-rata netizen juga turut meluahkan rasa risau dengan nasib lelaki tersebut. Malah, ada yang turut memintanya dan memberi cadangan supaya membelikan tudung baru untuk isterinya.

Berikut di bawah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Semoga abang ini masih selamat dan berjaya dapatkan balik kain tudung isteri dia :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: