seismik

Legenda Bola Sepak, Ronaldinho Dipenjara 6 Bulan Selepas Kantoi Guna 'Fake Passport'

Tapi dia masih tersenyum.

Cover image via Twitter @repollera

Siapa sangka legenda bola sepak, Ronaldinho berhadapan hukuman penjara enam bulan di Paraguay

Image via EPA-EFE

Pada 5 Mac 2020, Ronaldinho ditangkap polis Paraguay apabila dia dan abangnya dilapor menggunakan pasport palsu untuk memasuki negara tersebut.

Bekas bintang Barcelona dan AC Milan itu menghabiskan malam kedua di dalam lokap selepas hakim enggan mengikat jamin.

Dalam pada itu, Ronaldinho dilabel sebagai "bodoh" oleh peguamnya selepas mendapati beliau menggunakan pasport palsu

Peguamnya, Adolfo Marin berkata Ronaldinho tidak tahu langsung bahawa dirinya melakukan apa-apa kesalahan dengan cuba memasuki Paraguay menggunakan pasport yang tidak sah.

Dalam temu bual dengan akhbar Brazil Folha de Sao Paulo, Adolfo berkata, "Mahkamah tidak mengambil kira hakikat bahawa Ronaldinho tidak tahu dia melakukan jenayah, kerana dia tidak menyedari dia telah diberi dokumen palsu. Dia bodoh."

Insiden ini turut memaksa Presiden Brazil untuk masuk campur

Penangkapan mereka diikuti oleh keputusan U-turn oleh pendakwa yang pada mulanya berpuas hati sekiranya bintang Brazil itu dilepaskan daripada tuduhan dan hanya dikenakan denda.

Bagaimanapun, keputusan ini telah menarik perhatian Presiden Brazil, Jair Bolsonaro yang kini memberi tekanan kepada kerajaan Paraguay untuk membebaskan Ronaldinho. Nak dijadikan cerita, Ronaldinho baru sahaja dilantik sebagai salah seorang duta pelancongan Brazil pada September 2019.

Musibah terbaru ini menambah derita Ronaldinho yang satu ketika dahulu sangat berjaya tetapi kini dibebani dengan masalah kewangan dan muflis

Image via fourfourtwo.com

Memetik laporan Harian Metro, Ronaldinho yang dahulunya meraih pendapatan keseluruhan menghampiri 100 juta pound sterling (RM540 juta) terpaksa menggadaikan beberapa aset peribadi untuk membayar kesemua hutang dan baki yang tinggal dipoketnya difahamkan hanya sekitar 5 pound sterling (RM27).

Ketika pendapatannya terus merosot, Ronaldinho masih mengamalkan gaya hidup mewah sekali gus menyaksikannya berdepan masalah kewangan yang serius.

Apa-apa pun, kami berharap agar Ronaldinho akan dibebaskan tidak lama lagi dan terus melemparkan senyuman. :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga:

You may be interested in: