[VIDEO] Lelaki Baca Tulisan Cina Dalam Buku Macam Gaya Mengaji Ini Buat Ramai Pecah Perut
Aduhai, lawaklah bang.
Seperti umum ketahui, pelbagai bahasa yang dapat dipelajari di dunia ini
Tidak dinafikan, mempelajari sesuatu bahasa itu memerlukan jangka masa yang panjang tambahan lagi kalau bahasa itu bukan bahasa ibunda.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki membaca tulisan Cina tetapi lain pula jadinya telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Selamba baca tulisan Cina macam mengaji
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang mengulang kaji bahasa Cina dan ingin menyebutnya.
Apa yang lebih melucukan adalah apabila lelaki itu dengan selamba membaca tulisan tersebut seolah-olah seperti mengaji Al-Quran. Dia siap membaca dengan harakat seperti dalam bahasa Arab. Perkara itu mengundang tawa rakan di sekelillingnya.
"Ditaranumnya bahasa cina tu wei" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 700K tontonan, 79K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur mendengar bacaan lelaki itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!