seismik

[VIDEO] Kucing Oyen Sebak Masa Ziarah Pusara Tuannya Ini Buat Ramai Ikut Sedih

Dia tunggu je kat situ.

Cover image via @tulips.flo (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Sesetengah orang memang gemar memelihara haiwan seperti kucing untuk menjadi peneman dalam kehidupan seharian

Iyalah, tidak dinafikan kucing memang comel dan senang dijaga. Haiwan seperti kucing juga mempunyai hubungan dan ikatan yang baik dengan tuannya.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seekor kucing duduk di atas pusara tuannya telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

@tulips.flo

Hi abi, mochi dtg jumpa abi ni syg. Terubat rindu dia kat abi.

original sound - who? - who?

Duduk diam di atas pusara tuan

Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah rakaman menunjukkan suasana di tanah perkuburan yang tidak dikenal pasti.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila seekor kucing Oyen dilihat duduk terdiam di atas pusara tuannya yang baru saja meninggal beberapa hari lepas. Kucing itu dilihat seolah-olah sebak dan sedih menunggu tuannya.

@tulips.flo

no one can replace you, syurga

original sound - who? - who?

"Makhluk tuhan yang istimewa, kucing. Sangat faham tentang apa yang disayang, sebak rasa bila tengok kucing di pusara" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 281K tontonan, 31K tanda suka dan 600 komen di TikTok, rata-rata netizen turut ikut sedih melihat kucing itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Salam takziah buat keluarga, semoga kuat dan tabah menghadapi ujian.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: