Lelaki Cuci 30 Surau Sepanjang Ramadan Terima Pujian Ramai - "Semoga Masuk Syurga Bang!"
Seronok tengok konten macam ini, moga ramai terinspirasi!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang lelaki dipuji oleh warganet selepas videonya mencuci sebuah surau tular di laman TikTok
Menerusi video yang dimuat naik oleh @rusydi.official, lelaki berkenaan menyatakan niat murninya untuk mencuci sebanyak 30 surau sepanjang 30 hari di bulan Ramadan ini.
Menurutnya, dia tidak dibayar oleh mana-mana pihak dan dia menggunakan alatan sendiri saja untuk membersihkan kawasan surau.
Surau pertama yang dibersihkannya ialah di Petronas Bandar Baru Nilai. Difahamkan, dia mengambil masa lebih kurang dua jam untuk mencuci surau tersebut.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati ramai yang memuji usaha murni lelaki berkenaan
Warganet turut mendoakan semoga dia dimurahkan rezeki dan berharap agar usahanya menjadi ikutan lebih ramai anak muda.
Malah, videonya turut mendapat perhatian daripada pihak Mydin Malaysia yang ingin menaja alat-alat untuk mencuci surau kepadanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!