seismik

Lelaki Didenda RM100 Tampal Bendera Israel Di Restoran Makanan Segera - "Saya Rasa Marah"

Siapa sahaja yang tak marah kan dengan keadaan sekarang.

Cover image via Bernama & Utusan

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki didenda RM100 selepas menampal bendera Israel di sebuah restoran makanan segera

Kata lelaki itu punca dia melakukan tindakan berkenaan selepas merasa marah kerana ada ahli keluarga yang meninggal di Palestin.

"Saya tampal bendera Israel di kedai makanan segera itu sebab saya marah, selepas ada keluarga saya meninggal dunia di Palestin," katanya kepada sumber.

Tariq Hazim Mohd Yusri, 25, dikenakan hukuman terbabit selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret, Nurul Hafzan Ab Aziz.

Mahkamah memerintahkan pelaku untuk dipenjara selama sehari, jika gagal membayar denda berkenaan.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Majistret menasihati tertuduh supaya memikirkan akibat perbuatan yang dilakukannya.

"Kalau kamu buat begitu, adakah ia akan menjadi keadaan yang lebih baik," kata Nurul Hafzan.

Image via Sinar Harian

Semasa kejadian, lelaki itu yang memakai baju kemeja didakwa meletakkan pelekat bendera Israel yang mana keamanan pekerjanya mungkin terganggu di restoran berkenaan di Batu 10, Jalan Hulu Langat pada jam 4.42 petang, 29 Mei lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14, Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM100, jika sabit kesalahan.

Difahamkan, seorang pengadu wanita yang sedang bekerja di sebuah restoran makanan itu hendak ke tandas dan dia menyedari terdapat pelekat Israel ditampal pada lantai, kaki lima dan pintu masuk hadapan premis berkenaan.

Wanita itu kemudiannya memaklumkan perkara berkenaan kepada pengurusnya dan hasil pemeriksaan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati tertuduh melakukan kesalahan berkenaan lalu beredar dengan menaiki sebuah kereta.

Ketika prosiding, peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nabilla Rosli yang mewakili tertuduh, merayu agar anak guamnya diberi hukuman minimum dengan alasan, tertuduh mengaku kesal dengan perbuatan tersebut.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: