seismik

Lebih 8k 'Retweets', Tips Temu Duga Lelaki Ini Sangat Berguna Untuk 'Fresh Grad' Amalkan

Goodluck yang dah dapat panggilan untuk interview!

Cover image via SAYS via Twitter @garyasip

Selepas sahaja menamatkan pengajian di mana-mana universiti atau kolej, perkara pertama yang akan bermain di kotak fikiran ialah, "Aku nak kerja kat mana?? Ada ke syarikat yang nak ambil aku kerja?" dan sebagainya

Image via Giphy

Sebagai seorang pelajar yang menginginkan masa depan yang cerah dan terjamin, anda semua perlulah sediakan payung sebelum hujan. Bagi mereka yang baru menamatkan zaman pembelajaran di universiti atau kolej, anda boleh mengambil langkah untuk mencari kerja. Selain itu, demi masa depan yang lebih cerah, anda perlu tahu bidang apa yang anda lebih suka dan passionate.

Baru-baru ini di laman Twitter, seorang lelaki, @garyasip telah berkongsi serba sedikit tentang tips yang sangat berguna untuk fresh-grads sebelum pergi ke mana-mana temu duga. Baca perkongsian penuh di bawah:

1. Memakai pakaian yang sesuai dan sopan. Harus formal!

Sesetengah individu tidak gemar untuk memakai pakaian formal kerana bagi mereka sangat tidak selesa. Namun, untuk hadiri temu duga, perkara ini adalah salah satu perkara yang perlu dititikberatkan.

2. Perkenalan diri. Boleh Google jika perlu :)

Selalunya soalan ini pasti akan ditujukan kepada anda.

Jika anda merasakan jawapan anda tidak memuaskan, boleh Google sendiri untuk dapatkan jawapan yang lebih tepat dan menggunakan ayat yang lebih profesional bagi tujuan mengambil perhatian mereka.

3. Improve bahasa Inggeris anda bersama kawan yang lebih pandai

Perkara yang paling digeruni oleh segelintir individu ialah berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Mungkin ada yang masih belum fasih, namun hal ini tidak boleh menghalang anda untuk menggunakan masa yang ada pada semester akhir untuk belajar bersama rakan-rakan. Boleh berlatih selagi ada masa!

4. Pergerakan badan, dan eye contact sangat penting bila temu duga ya!

Selain itu, antara perkara lain yang diambil kira ialah eye contact dan pergerakan badan anda. Jangan terlalu diam dan kaku, mata juga jangan meliar ke arah sudut yang tidak perlu. Fokus dan sentiasa yakin dengan jawapan anda.

5. Survey dulu tempat temu duga tu, lokasi, parking dan sebagainya. Mana tahu nanti sesat!

Paling penting, anda perlu tahu bajet masa. Jangan sesekali terlambat datang interview, kena menepati masa atau pun datang awal. Macam-macam perkara yang tak diingini boleh berlaku kalau lambat. Selain itu, sehari sebelum hari temu duga, anda boleh survey dulu di mana lokasi syarikat itu, parking kat mana, floor berapa dan sebagainya. Senang nanti!

6. Untuk pelajar yang tiada pengalaman bekerja, boleh gunakan inisiatif lain

Semuanya di hujung jari sahaja. Bagi pelajar yang memang tidak pernah ada pengalaman bekerja di mana-mana syarikat, anda boleh menggunakan point yang diterima di universiti atau kolej. Point itu boleh dijadikan sebagai pengalaman anda juga tau.

7. Buat kaji selidik tentang syarikat dan tugas yang anda akan lakukan supaya lebih senang

Apabila pergi ke mana-mana temu duga yang mungkin anda tidak berapa faham tentang tugas dan syarikat itu, sekurang-kurangnya anda tahu tentang pencapaian dan pemasaran yang dilakukan oleh syarikat berkenaan.

8. Besarkan circle anda supaya senang untuk kegunaan masa hadapan

Penting juga untuk anda membesarkan dan meluaskan circle anda untuk tujuan yang berguna di masa hadapan. Contohnya boleh minta tolong dari segi kerja dan peribadi.

Senang bukan? Kesimpulannya, jangan give up hanya kerana anda rasa perkara yang dihadapi itu susah.

Job hunting memang susah. Namun, peluang untuk anda mendapatkan sesuatu pekerjaan yang diinginkan sememangnya memerlukan usaha yang lebih. Jadi, jangan cepat mengalah. Rezeki ada di mana-mana walaupun harini anda tidak diterima.

Sumber: Twitter @garyasip

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Jangan pula dah dapat kerja, melompat pula ke syarikat lain ya! Cari pengalaman dulu:

Kesian si ibu. :'(

You may be interested in: