seismik

‘Nak Berkenalan Ke?’ - Lelaki Ini Geleng Kepala Melayan Email Mohon Kerja Yang Tak Serius

Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.

Cover image via SAYS

Bila nampak saja iklan kerja kosong, mesti kita tak nak lepaskan peluang untuk apply. Mana tahu ada rezeki di tempat yang lebih baik.

Tapi itu lah, dalam pada kita excited nak mohon kerja baru tu kadangkala kita terlepas pandang benda-benda yang kita rasa remeh dan tak perlu.

Sedangkan orang yang terima permohonan kita nanti, memandang perkara tersebut secara serius dan kita sepatutnya lebih peka dan prihatin.

Berikut adalah antara kesalahan-kesalahan yang dibuat semasa email minta kerja:

1. Hanya resume sahaja tanpa ayat mukadimah. Kalau ada intro sikit tak salahkan?

Image via Ya Muhammad

2. Bahagian 'Subject' hanya untuk tulis nama jawatan yang anda nak apply. Bukan buat karangan kat situ ya.

Image via Ya Muhammad

3. Tiada sebarang ayat intro juga. Nampak sangat tak bersungguh.

Image via Ya Muhammad

4. Rajinlah untuk menaip panjang sikit. Letak nama penuh dan ringkasan tentang diri anda.

Image via Ya Muhammad

5. Bagus tapi kurang kemas. Tiada perenggan dan font kurang sesuai. Copy paste sangat ni.

Image via Ya Muhammad

6. Subject tidak sesuai dan nampak tak bersungguh. Ter-apply ke ni?

Image via Ya Muhammad

7. Apa tujuan email ni sebenarnya?

Image via Ya Muhammad

Kalau anda berada di tempat orang yang menerima semua email ni, macam mana ya? Hmm boleh geleng kepala ni.

Image via imgur.com

Berikut pula senarai perkara yang PERLU ada sekiranya anda nak mohon kerja melalui email:

1. Alamat email yang profesional

Sila gunakan alamat email yang nampak profesional, bukan yang sukar dibaca ataupun yang kurang matang seperti [email protected]. Adalah lebih baik sekiranya anda letakkan nama anda sebagai alamat email.

2. ‘Subject Header’

Gunakan bahagian "Subject" di email untuk nyatakan tujuan anda menghantar email. Jangan lupa untuk tulis nama jawatan yang nak dipohon. Elakkan menulis terlalu panjang di bahagian ini.

3. Isi kandungan email

Jangan abaikan bahagian ni. Biasakan untuk tulis serba sedikit berkenaan diri anda. Pengenalan diri, pengalaman bekerja ataupun praktikal, kelebihan anda yang boleh bantu company, butiran untuk dihubungi serta surat sokongan dari majikan tempat anda praktikal dulu (sekiranya ada).

Antara contoh email permohonan kerja yang baik:

Image via Ya Muhammad
Image via Ya Muhammad
Image via Ya Muhammad

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda semua untuk tidak membuat kesalahan yang sama. Apa-apa pun, rezeki di tangan Tuhan. Berdoalah :)

Terima kasih kepada saudara Ya Muhammad kerana berkongsi pengalaman beliau dalam memilih calon untuk ditemuduga bagi mengisi kekosongan jawatan sebagai kerani akaun di Muslim Volunteer Malaysia.

Betulkan yang biasa dan biasakan yang betul. Jangan lupa untuk share!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lebih info tentang resume hanya di SAYS:

You may be interested in: