seismik

Lelaki Kongsi Adat Aneh Keluarga, Hidang Makanan Buat Si Mati - "Macam Upacara Membela"

Upacara tersebut dikenali sebagai sesajen.

Cover image via SultanTV & Backpacker Nusantara

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular seorang individu berkongsi pengalaman pelik bersama keluarganya

Dia sekeluarga merupakan orang Jawa. Individu tersebut musykil tentang amalan keluarganya yang agak pelik. 

Semasa balik kampung setiap raya, atuk dan neneknya akan mengeluarkan tikar mengkuang, cawan, mangkuk dan pinggan kecil untuk diletakkan. 

Bukan setakat itu, ada juga makanan dan minuman seperti kopi dihidang di situ. 

"Sebelah ada beberapa buah pisang dan rokok dua batang, bila petang raya, air kopi tu tinggal sikit." tulisnya. 

Image via Detik Food

Pelik sebab bilik tak ada yang masuk

Individu tersebut pelik mengapa kopi itu tinggal sikit sedangkan tiada yang berani masuk bilik berkenaan. 

Setelah mengambil tahu daripada ahli keluarga, individu tersebut baru tahu bahawa adat ini telah lama diamalkan oleh atuk dan neneknya. 

"Aunty aku cakap, atuk nenek aku nak hormat ahli keluarga yang tak ada, which is mak ayah kepada atuk dan nenek aku kira moyang lah." tulisnya. 

Mak ciknya bertegas bahawa upacara ini tiada apa pun, cuma tanda hormat.  Namun, ibu kepada individu tersebut protes kerana tidak tahu makanan itu diberikan kepada siapa dan siapa yang menetap. 

"Anak saudara aku kalau balik kampung, mesti akan menunjuk dan bagitau keberadaan benda tu. Atuk dan nenek aku strict pasal agama tapi doakan atuk nenek aku tak terpesong dari ajaran Islam. Aku dah puas nasihat." tulisnya. 

Image via Google

Upacara tersebut dikenali sebagai sesajen

Sesajen merupakan amalam orang Jawa yang melibatkan penyajian atau persembahan makanan, minuman, bunga, atau barang-barang lainnya kepada roh, dewa atau entiti spiritual untuk memohon keberkatan, perlindungan, atau berkomunikasi dengan dunia supranatural.

Sesajen dapat dilakukan dalam pelbagai konteks seperti ritual keagamaan, upacara pernikahan atau perayaan tahun baru. Kebiasaannya, sesajen dilakukan di rumah, kuil atau mana-mana tempat. Amalan ini diamalkan sejak dulu lagi semasa pengaruh agama Hindu-Buddha. Setiap negeri di Indonesia mempunyai cara sesajen yang unik dan berlainan. 

Difahamkan, adat ini masih dilakukan oleh sesetengah masyarakat Jawa. Namun, ada juga yang tidak meneruskan adat seperti ini. 

Image via Popmama

"Bukan adat, ni syirik, takut ada upacara membela" - Netizen

Susulan itu, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai pendapat masing-masing. 

Berikut merupakan komen netizen di laman X:

Image via @detikseram (X)
Image via @detikseram (X)

Lihat posting itu di bawah:

Ada ke orang Jawa yang masih amalkan amalan sesajen ni?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: