seismik

Lelaki Kongsi Masa Beraya Di Rumah Keluarga Wanita Terap Ajaran Sesat Tapi Ada Plot Twist

Dia punya cemas tu sampai terus cabut lari.

Cover image via Pena Minang (Gambar sekadar hiasan) & Azuki Tours

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular kisah seram seorang lelaki beraya di rumah teman wanitanya yang mengamalkan ajaran sesat

Menerusi confession laman X, lelaki itu menceritakan kisah dan pengalamannya yang ditulis sebagai keluarga cult.  

Lelaki itu berkenalan dengan teman wanitanya pada awal tahun 2024, mereka selalu dating seperti menonton wayang, makan dan sebagainya. 

Pada raya kali ini juga, dia diajak oleh teman wanita untuk beraya di kampung. Kampungnya berada di negeri yang selalu menghadapi kesesakan lalu lintas paling lama pada musim perayaan. 

"Sampai kawasan ni dalam gila ye, dia cakpa billa keluarga memang jauh, aku waktu tu memang dah meremang tapi tahan je lah sebab cinta punya pasal", tulisnya. 

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Setibanya di rumah itu, lelaki tersebut terpegun dengan keadaan rumah banglo yang besar, kereta dan motor yang mewah. Namun, dia jadi lebih seram disebabkan ramai yang berada di dalam rumah namun tidak kedengaran suara. 

"Bayangkan waktu dia kenalkan aku dekat mak ayah dia, dia tak cakap umi abah ni dia sekian-sekian tidak, tapi dia pandang mak ayah dia lepastu pandang aku lepastu mak ayah dia angguk dan pun angguk sambil senyum. Dia suruh aku makan tapi dia bisik dekat telinga aku dia cakap makan" tulisnya.

Dia semakin meremang dan terus cabut lari

Makanan yang dihidangkan hanyalah sate. Lelaki itu juga rasa tak sedap hati apabila orang ramai penuh dengan bunyi bisik tetapi suara tak jelas.

Lelaki berkenaan mengambil keputusan untuk lari daripada kawasan itu dengan alasan 'nak ambil gift dari kereta'. Tak lama kemudian, dia menerima panggilan masuk tetapi dibiarkan saja sambil memandu pulang.

"Walaupun dah hampir sejam drive, aku punya rasa tak sedap hati kuat gila sampai aku termuntah ye dalam kereta", tulisnya.

Lelaki tersebut bertindak block akaun semua media sosial teman wanitanya itu dan terpaksa pindah rumah.

Rupa-rupanya ada pula plot twist, sebenarnya teman wanita itu bukanlah daripada keluarga mengamalkan ajaran sesat

Lihat posting itu di bawah:

Overthinking pulak lelaki tu, ingatkan cerita betul hmm.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: