[VIDEO] Akibat Panas & Haus, Orang Utan Selamba Ambil Minuman Dalam Peti Di Kafe Sandakan
Amboi, macam kedai sendiri.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seperti umum ketahui, pusat pemulihan Orang Utan ditempatkan di Sepilok, Sandakan
Tempat itu juga boleh dilawati oleh orang awam. Pelbagai jenis Orang Utan boleh dilihat di pusat tersebut.
Baru-baru ini, tular sebuah video di Facebook yang memaparkan Orang Utan selamba mengambil air minuman di salah sebuah kafe di pusat pemulihan Sepilok.
Disebabkan cuaca panas, Orang Utan tiba-tiba muncul di kafe
Orang Utan itu dilihat datang ke kafe dan terus menuju ke peti ais untuk mengambil minuman. Orang Utan nampak haus dan menghabiskan airnya.
Telatahnya yang panjang akal itu menarik perhatian orang awam.
"Due to the extremely hot weather today, an unexpected guest dropped-by at the Keruing Cafe in RDC Sepilok, and helped himself selectively with whatever found in the fridge and left without paying!", tulis salah seorang pekerja di pusat pemulihan Orang Utan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!