seismik

Lelaki Malaysia Ini Rela Pandu 25,000 KM Ke Jerman, Semata-Mata Ingin Kahwini Teman Wanita

Ekspedisi Hadri ini mendapat bantuan tajaan syarikat tayar Yokohama serta sokongan dari Kementerian Perlancongan.

Cover image via Facebook hayashi86.com

Cinta adalah sesuatu perasaan yang indah, bahkan ramai yang rela berkorban demi cinta

Image via Merdeka

Bila sudah benar-benar jatuh cinta itu, orang kata sampai lautan api pun sanggup direnangi, gunung yang tinggi pun sanggup didaki, dan lurah yang dalam pun sanggup dituruni.

Sama seperti seorang lelaki ini yang sanggup berusaha dengan bersungguh-sungguh dan tidak takut menghadapi risiko untuk teman wanitanya. Bak kata pepatah 'esa hilang, dua terbilang'.

Kesanggupan itu ada cuma yang membezakan situasi kali ini ialah ianya tidak melibatkan lautan, gunung-ganang mahupun lurah, tetapi lelaki tersebut tetap rela untuk memandu kereta dari Malaysia hingga ke Jerman semata-mata untuk kekasih hati.

Pada 19 Ogos 2019, seorang lelaki bernama Hadri telah memulakan perjalanannya dari Malaysia untuk bertemu dengan pilihan hati untuk dikahwininya di Jerman

Kisah ini telah dikongsikan di laman Facebook Hayashi86 yang menceritakan bahawa Hadri telah bertemu dengan teman wanitanya menerusi internet ketika berkunjung ke Jerman pada tahun 2007 atas urusan kerja.

2 tahun kemudian Hadri telah meluahkan perasaannya kepada wanita berkenaan disertakan bersama sebatang mawar dan sepucuk surat membuatkan wanita itu terharu, dan beberapa tahun kemudian dia melamar teman wanitanya itu dan lamarannya diterima.

Image via Facebook Hadri

Ringkasan kisah Hadri di bawah:

Dengan bantuan tajaan syarikat tayar Yokohama serta sokongan dari Kementerian Perlancongan, Hadri kini berjaya merealisasikan idea untuk menggabungkan rasa cintanya terhadap kereta serta teman wanitanya

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: