seismik

Tak Pasal-Pasal Drive Sebelah Kandang Babi Waktu Malam, Lelaki Ini Menyesal Guna Waze

Kampung mana dia redah tu.

Cover image via @HezeriSamsuri (Twitter) & CNBC Indonesia

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebagai pemandu, sudah menjadi kebiasaan untuk kita bergantung kepada aplikasi peta untuk bergerak ke mana-mana

Aplikasi seperti Google Maps dan Waze memang sangat membantu pemandu untuk kenal pasti jalan ke destinasi yang dikehendaki. Namun, kadang kala tidak dinafikan kita akan sesat dan menjumpai jalan yang pelik. 

Sama seperti pemandu lelaki ini apabila Waze membawanya ke jalan tikus pada waktu malam telah mencuri tumpuan ramai. 

Lihat posting penuh itu di bawah: 

Drive jalan gelap dan sempit sepanjang 8KM

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang memandu sambil menggunakan aplikasi Waze. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila lelaki itu terpaksa lalu sebelah kandang babi. Lebih menyeramkan lagi, jalan itu sangat sempit dan gelap. Dia juga geram apabila perlu berdepan dengan jalan putus selepas 8KM memandu. Kelihatan di hujung jalan juga ada gaung. 

"Kalau bertuah, jumpa ler warung meriah dalam ladang sawit tu" - Netizen

Susulan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 821K views, 3K retweets, 1K quote tweets dan 7K likes di Twitter, rata-rata netizen turut boleh relate. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Bahaya betul, kena setting elak jalan tikus lepas ni!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: