seismik

[VIDEO] Kereta Dipandu Melawan Arus, Rupa-Rupanya Ada Yang Lumba Kereta Dekat Highway DASH

Polis dah tahan 2 pemandu, 4 lagi masih dikesan.

Cover image via @redzuanNewsMPB (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Lebuhraya DASH yang baru dibina ini bertujuan untuk memudahkan laluan pemandu Damansara dan Shah Alam

Walau bagaimanapun, lebuhraya baru itu telah disalahgunakan oleh beberapa pemandu semalam. Melalui rakaman CCTV, pihak polis mengesan beberapa buah kereta dipandu melawan arus dan berlumba di lebuhraya tersebut. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

6 buah kereta Proton Satria berlumba di highway DASH

Menerusi video berkenaan, kelihatan beberapa buah kereta sedang berlumba bermula dari Plaza Tol Denai Alam sehingga susur ke Pulau Angsa Lebuhraya DASH dan berpatah balik melawan arus sehingga ke Plaza Tol Denai Alam.

Kejadian tersebut dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian. Menurut sumber, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan dijalankan mendapati kejadian berlaku antara jam 12.30 tengah malam hingga 1.30 pagi pada Ahad.

Dua individu telah ditahan polis manakala empat orang lagi masih dikesan. "Dua suspek berumur antara 20 sehingga 29 tahun dipercayai terlibat dalam perlumbaan ini telah diberkas selain kereta yang dimiliki kedua-dua suspek dirampas," katanya menerusi satu kenyataan.

Siasatan ini sedang dijalankan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: