seismik

Kepala & Tulang Rusuk Model Hong Kong Abby Choi Dijadikan Sup, Ini Kronologi Penuh

Dalang disebalik pembunuhan ini adalah bapa mertuanya.

Cover image via @xxabbyc (Instagram) & South China Morning Post

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Berita pembunuhan kejam model Hong Kong, Abby Choi telah menggemparkan seluruh dunia

Anggota badan mangsa telah dikerat dan ditemui dalam rumah sewa di Kampung Lung Mei Tsuen. Selain itu, polis turut menemui pengisar daging, gergaji elektrik dan sebuah tangan Abby. Lebih mengejutkan lagi adalah apabila kaki wanita tersebut dijumpai dalam peti sejuk.

Pakar forensik menemui kepala mangsa dan tulang rusuk di salah satu periuk sup di rumah tersebut. Semasa polis terjumpa periuk sup itu, periuk itu terdapat daging cincang di dalamnya. Lebih tak sangka lagi apabila lobak merah dan lobak hijau dicampurkan ke dalam daging cincang itu. Pihak berkuasa juga mengesahkan terdapat tisu manusia dalam periuk itu.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Rsihata

Lebih mengejutkan lagi adalah apabila forensik terjumpa tengkorak yang masih sempurna. Tetapi ada kesan cubaan untuk menghancurkannya. Rambut mangsa juga tak lagi terletak kepada tengkorak.

Pintu gerbang menuju ke perkampungan di Lung Mei Tsuen, Tai Po, Hong Kong. (Tempat kejadian pembunuhan)

Image via Berita Harian

Ini kronologi penuh kejadian pembunuhan model itu

Badan mangsa telah dilaporkan hilang pada hari Selasa. Polis mula menahan bekas suami model Hong Kong yang dipercayai merancang pembunuhan ini bersama bapa mertuanya di sebuah flat mewah.

Bekas suami Abby yang dikenali sebagai Alex Kwong telah ditangkap di Jeti Pembangunan Tung Chung. Pihak polis menunggu suspek muncul selepas mereka mengetahui rancangannya untuk menaiki bot laju.

Semasa Alex ditangkap, dia mempunyai wang tunai HK$500,000 dan beberapa jam tangan mewah bernilai HK$4 juta keseluruhan bersamanya. Alex kemudian mengadu tidak sihat di balai polis lalu dibawa ke hospital kemudian.

"Kami percaya dia cuba melarikan diri dari Hong Kong melalui laut apabila dia ditangkap," kata Superintendan Alan Chung dari ibu pejabat wilayah Kowloon West. 

Abang dan ibu bapa Alex telah ditangkap lebih awal semasa pihak polis mengadakan operasi penangkapan Alex di laut Hong Kong. 

Image via Utusan Malaysia

Puncanya dipercayai disebabkan pertikaian harta

Menurut sumber, pembunuhan itu berlaku kerana pertikaian antara bekas suami, Alex yang menganggur dan keluarganya mengenai harta bernilai puluhan jua dolar di kawasan Bukit Kadoorie di Ho Man Tin.

Bapa mertua Abby, bekas sarjan polis merupakan dalang di sebalik rancangan pembunuhan itu. Bekas bapa mertua itu bakal menyewa rumah Tai Po bulan ini.

Penyelam daripada unit tugas khas elit pasukan dikerah untuk menjalankan pencarian anggota badan yang hilang di kawasan tadahan air di tanah perkuburan Tseung Kwan O. Polis mencari kawasan itu kerana bekas bapa mertua dan abang iparnya pergi ke sana sehari selepas Abby dilaporkan hilang. 

Perkuburan Tseung Kwan O

Image via South China Morning Post

Puan Cheng yang dipercayai rakan Abby berkata bahawa Abby tidak pernah berkata buruk tentang bekas mertuanya. Dia sangat menjaga semua orang termasuk bekas keluarga. Namun, semua tidak menyangka perkara ini akan berlaku.

Cheng menjelaskan rancangan penjualan hartanah Kadoorie Hill bernilai HK$70 juta adalah semata-mata pertimbangan pelaburan, tetapi kemunculan bakal pembeli nampaknya menimbulkan kemarahan bekas mertua.

Cheng berkata Alex pernah menghubungi ibu mentuanya iaitu ibu Abby untuk mempersoalkan mengapa mereka memfailkan laporan polis tentang kehilangan Abby tanpa pengetahuannya.

Ada yang berkata, bekas abang iparnya yang bekerja sebagai pemandu memandu ke rumahnya di Bukit Kadoorie untuk bertemu dengan Abby. Kedua-duanya Abby dan abang ipar sedang menuju untuk mengambil anak perempuan. Namun, wanita itu dilaporkan hilang selepas dia tak mengambil kanak-kanak itu. 

Image via Hong Kong News

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: