[VIDEO] Budak Selamba Calarkan Kereta Orang, Nenek Pula 'Backup' Suruh Jangan Kecam Lagi
Mereka sudah pun buat permohonan maaf.
Kita boleh lihat hari ini ada sesetengah kanak-kanak yang sedang melalui fasa rebel
Kadangkala kita tidak tahu apakah punca mereka berkelakuan begitu. Jika digali, memang banyak punca dan masalah datang daripada keluarga.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang budak selamba calarkan kereta orang lain di bawah kediaman flat telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Bukan setakat calarkan kereta, malah buang penyepit jiran
Menerusi video berkenaan, kelihatan gelagat seorang budak sedang dirakam oleh jirannya yang tinggal di sana juga.
Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila budak itu dilihat mencalarkan kereta orang-orang di situ. Bukan setakat itu, budak itu juga membuang penyepit baju jiran-jirannya. Apabila terkantoi, dia senyap dan terus masuk ke rumah.
Menurut sumber, nenek kepada kanak-kanak berkenaan tampil memohon maaf dan meminta orang ramai tidak mengecam lagi cucunya.
Neneknya yang merupakan seorang mualaf itu memberitahu kemungkinan cucunya mengalami masalah kesunyian dan tertekan dengan masalah keluarga mereka baru-baru ini.
"Kehidupannya tidak sama seperti kanak-kanak lain kerana sejak kecil bapanya sudah berpisah dengan ibunya dan terus terputus hubungan.
"Namun sejak akhir tahun lalu saya mengalami darah tinggi selain sakit jantung, saya tidak mampu membawanya ke mana-mana," katanya.
"Ya Allah, aku pulak yang terasa sakit dengan kesan goresan itu" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.7M tontonan, 37K tanda suka, 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!