seismik

Gara-Gara Tiada Kad Touch 'n Go, Lelaki Warga Emas Ini Pandu Kereta Lawan Arus Di LKSA

Difahamkan, warga emas tersebut berusia 73 tahun dan mempunyai masalah ingatan.

Cover image via Harian Metro

Seorang lelaki warga emas dipercayai memandu secara melawan arus di Lebuhraya Kemuning - Shah Alam (LKSA) pada Khamis, 29 Oktober 2020

Menurut laporan, lelaki itu menghala ke Pusat Bandar Shah Alam dan bertindak memandu melawan arus kerana tiada kad Touch 'n Go.

Kejadian pada 5 petang itu menyebabkan sebuah kenderaan terbabas manakala sebuah lagi kereta bertembung dengan kereta Perodua Kelisa dipandu lelaki tersebut.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pada mulanya lelaki itu memandu dari rumah di Seksyen 8 menuju ke pasar raya di Seksyen 13, namun tersalah jalan dan memasuki LKSA.

Pemandu warga emas itu kemudian berlanggar dengan kereta Perodua Myvi yang datang dari arah bertentangan

Image via Harian Metro

"Sebaik tiba di Plaza Tol Sri Muda, pemandu terbabit tiada kad Touch 'n Go lalu berpatah balik melawan arus untuk pulang ke rumah.

Sebuah kereta Honda City dipandu di lorong kanan cuba mengelak Perodua Kelisa melawan arus itu lalu terbabas dan terbalik di sebelah kiri jalan di Kilometer 3.1 Lebuhraya LKSA.

Ketika kejadian, pemandu Honda City berusia 33 tahun itu dalam perjalanan dari tempat kerja di Klang hendak pulang ke rumah di Kota Kemuning dan kemudian dibawa ke hospital oleh rakannya," katanya.

Pemandu warga emas itu kemudian berlanggar dengan kereta Perodua Myvi yang datang dari arah pusat bandar Kilometer 6.6 LKSA.

Beliau berkata, pemandu Perodua Myvi berusia 25 tahun itu dalam perjalanan dari tempat kerja di Bukit Jelutong dalam perjalanan pulang ke rumah di Sri Muda.

"Bagaimanapun pemandu Perodua Kelisa dan Perodua Myvi itu tidak cedera. Ketiga-tiga pihak sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam," katanya lagi.

Dalam pada itu, pemandu Myvi tersebut memuat naik ciapan di akaun Twitter peribadinya dan meminta agar orang ramai tidak marah warga emas itu kerana masalah kesihatannya

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: