Limp Bizkit Datang Ke Malaysia Buat Kali Pertama Disember Ini, Satu-Satunya Konsert Di Asia
Ready battle tiket!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Limp Bizkit akhirnya bakal membuat penampilan sulung yang dinanti-nantikan di Malaysia Disember ini
Band yang terkenal dengan lagu-lagu menjadi siulan peminat di era 2000-an secara rasminya akan membuat persembahan di Kuala Lumpur buat kali pertama.
Konsert ini akan berlangsung di Stadium Hoki Nasional pada 9 Disember dan ia akan menjadi satu-satunya persinggahan mereka di Asia!

Jika anda membesar dengan lagu-lagu Break Stuff, Nookie, atau Rollin' (Air Raid Vehicle), inilah masanya untuk mengimbau kembali era seluar jeans baggy, topi merah dan CD dengan muzik yang rancak

Harga tiket bermula dari RM398
Tiket mula dijual pada jam 12 tengah hari, 30 Jun menerusi platform Hitman Solutions.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via