LRT3 Akhirnya Dibuka Pada 29 Jun, Ini Senarai Stesen & Tempat Yang Boleh Anda Pergi

Tak sabar nak cuba naik LRT3 nanti!

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Light Rail Transit 3 (LRT3) Laluan Shah Alam akan dibuka kepada orang ramai pada Isnin depan, 29 Jun

Menerusi laporan New Straits Times, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan merasmikan pelancaran itu pada Ahad, 28 Jun, sebagai tarikh bersejarah bagi laluan sepanjang 37.8km itu.

Laluan baharu ini mempunyai kapasiti 18,630 penumpang sejam setiap arah, dengan set tren tiga gerabak menyediakan akses mudah dari hujung ke hujung.

Semasa pelancaran awalnya, tren akan beroperasi pada frekuensi enam minit semasa waktu puncak, dengan kelajuan operasi sehingga 80km/j.

Laluan ini akan melibatkan 20 stesen secara keseluruhan, termasuk dua stesen pertukaran yang menghubungkan penumpang ke laluan Kajang dan Kelana Jaya.

SAYS.com

LRT3 Station Bukit Tinggi (SA24).

Image via Aerial360 (YouTube)

Berikut adalah semua stesen dan lokasi tumpuan berdekatan yang boleh diakses oleh penumpang di sepanjang LRT3:

SA01 Bandar Utama – pusat beli-belah, pertukaran MRT

  • Pusat Beli-belah 1 Utama
  • One World Hotel
  • Stesen pertukaran MRT Bandar Utama
  • Sri Pentas, 1 First Avenue, Menara IBM dan Menara KPMG

SA02 Kayu Ara – kawasan kejiranan, sukan dan akses ke Damansara

  • The Starling Mall
  • Kayu Ara Business Park
  • Champion Badminton Court
  • Damansara Jaya dan Damansara Utama

SA03 BU 11 (Bandar Utama 11) – kampus, sekolah, kawasan komersial dan akses ke Tropicana

  • First City University College
  • The British International School of Kuala Lumpur
  • Centerpoint Bandar Utama
  • Merchant Square

SA05 Damansara Idaman – akses ke Ara Damansara, Dataran Prima

  • Taipan Ara Damansara
  • Aman Suria
  • Dataran Prima
  • SunwayMas Commercial Centre

SA06 Subang – akses ke Paradigm Mall, Kelana Jaya dan SS7

  • Paradigm Mall PJ
  • Kelana Square dan Zenith Corporate Park
  • Kawasan Le Meridien Petaling Jaya
  • Kelana Jaya Recreational Park

SA07 Glenmarie 2 – pertukaran LRT, kampus, kawasan komersial

  • Stesen pertukaran Glenmarie Kelana Jaya Line: menghubungkan ke kawasan KLCC, Masjid Jamek, Subang Jaya dan Putra Heights.
  • Lincoln University College
  • Stadium MBPJ dan Kelana Jaya Sports Precinct
  • Kawasan komersial Glenmarie dan Kelana Jaya

SA09 Kerjaya – akses ke Glenmarie, HICOM, dan kawasan pejabat

  • HICOM-Glenmarie dan Persiaran Kerjaya
  • Kawasan komersial Temasya Suria
  • Masjid An Nur Temasya Glenmarie
  • Lokasi makan di Glenmarie

SA10 Stadium Shah Alam – Kompleks sukan, AEON, MSU

  • AEON Mall Shah Alam
  • Management and Science University (MSU)
  • Komplesk Sukan Shah Alam

SA12 Dato' Menteri – Bandar Shah Alam, tasik, masjid

  • Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
  • Shah Alam Lake Garden
  • SACC Mall dan Shah Alam Convention Centre
  • Kompleks PKNS Shah Alam dan kawasan MBSA

SA14 UiTM Shah Alam – kampus, fasiliti UiTM

  • Kampus UiTM Shah Alam
  • Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC)
  • Stadium UiTM dan fasiliti sukan
  • Seksyen 16 dan kawasan makan pelajar

SA15 Seksyen 7 Shah Alam – i-City, Central i-City

  • i-City Shah Alam
  • Central i-City Shopping Centre
  • Medan Selera Seksyen 7 dan deretan kedai Jalan Plumbum
  • Laman Seni 7 dan Jakel Shah Alam

SA17 Bandar Baru Klang – AEON Bukit Raja, hospital, BBK

  • AEON Mall Bukit Raja
  • Bandar Baru Klang Business Park
  • Klang Executive Club dan Taman Berkeley
  • KPJ Klang Specialist Hospital

SA18 Pasar Klang – pasar basah, Klang Parade, makanan lokal

  • Pasar Besar Klang
  • Klang Parade
  • Taman Bunga Melor dan deretan kedai
  • TM Point Klang dan Kawasan Pejabat Pos

SA19 Jalan Meru – Klang Parade, akses ke Klang lama

  • Klang Parade Mall
  • Jalan Meru dan deretan kedai
  • Taman Bukit Intan dan Taman Jalan Meru
  • Kawasan Klang High School

SA20 Jambatan Kota – Pekan Klang, sungai, akses ke KTM

  • Kota Bridge dan kawasan Sungai Klang
  • Little India Klang dan Jalan Tengku Kelana
  • Sultan Abdul Aziz Royal Gallery dan jalan warisan Royal Klang
  • Shaw Centrepoint Mall dan kawasan KTM Klang

SA21 Taman Selatan – Harbour Place, hospital, Southern Park

  • Harbour Place Mall
  • Shaw Centrepoint
  • Taman Selatan

SA22 Seri Andalas – Sri Andalas, Bayu Tinggi, makanan tempatan

  • Taman Sri Andalas
  • Taman Bayu Tinggi and Bayu Perdana
  • Taman Chi Liung
  • Hospital Tengku Ampuan Rahimah

SA23 Klang Jaya – Lotus's Klang, Sentosa, Bukit Tinggi

  • Lotus's Klang
  • Bandar Bukit Tinggi 1
  • Taman Klang Jaya dan Taman Sentosa
  • Trio Setia Klang dan Taman Desawan

SA24 Bandar Bukit Tinggi – AEON, GM Klang, Bandar Botanic

  • AEON Mall Bukit Tinggi
  • GM Klang Wholesale City
  • Kawasan komersial Bandar Botanic
  • Kawasan komersial The Landmark dan The Canvas Hotel

SA26 Johan Setia – Terminal selatan, Parklands, Bestari

  • Bandar Parklands / Bandar Bukit Tinggi 3
  • Bandar Bestari dan Canary Garden
  • Kota Bayuemas
  • SAZEAN Business Park

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik