Luah Rasa Terharu, Khairul Aming Mendahului Dengan 1 Juta Undian Untuk TikTok Awards
Hebat!
Pempegaruh media sosial terkenal, Khairul Aming difahamkan kini telah menerima 1.3 juta undian setakat ini dan dia mendahului finalis bagi kategori People's Choice: Creator Of The Year
Khairul Aming atau nama sebenarnya, Khairul Amin Kamarulzaman, antara lain yang tercalon dalam kategori sama ialah Ceddy, akaun TikTok @ceddyornot, Boss James (@bossjames_eo), Sally (@sallywhoo), Auntie Purple (@auntiepurple248) dan Lawyer Gandhi (@lawyerghandi).
Selain Creator of the Year, enam lagi yang berada dalam kategori Pilihan Popular (People’s Choice) adalah Rising Star of the Year, Popular Animation Account of the Year, Celebrity of the Year, Live Creator of the Year dan TikTok Shop Creator of the Year.
Ucap terima kasih kepada pengundi lepas cecah 1 juta undian di TikTok
Khairul Aming menerusi laman Twitternya berkongsi berita gembira itu dan teruja untuk anugerah berkenaan.
"1 million votes. Thank you kepada semua yang dah undi KA untuk TikTok Awards (Creator of The Year)," tulisnya.
Malah, dia juga ada berkongsi permulaannya menghasilkan video di platform TikTok, anak jati Kelantan ini mengakui berasa agak janggal pada mulanya, tetapi kini sudah menjadikan TikTok sebagai platform utama.
TikTok Awards ialah acara anugerah terbesar anjuran platform media sosial, TikTok untuk memberi pengiktirafan kepada pencipta kandungan luar biasa yang merangkumi pelbagai latar belakang dan bidang.
Pemenang akan diumumkan pada malam kemuncak TikTok Awards Malaysia 2023 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur pada 27 Ogos.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!