seismik

M. Nasir Tutup Konsert Dengan Lagu Raya, Siap Tabur Duit Dari Bumbung Stadium Buat Peminat

Total duit diberi RM10,000 ya!

Cover image via @IniAlalalannn (X) & Kosmo!

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penyanyi legenda tanah air, Datuk M. Nasir membuat kejutan pada konsert M N45IR Cipta 2 dengan menerbangkan wang kertas RM1 berjumlah RM10,000 dari bumbung stadium kepada penonton di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Sabtu, 13 Oktober 2024

Menerusi laporan Kosmo!, penganjur konsert tersebut iaitu Iman Tang mewakili Icon Entertainment memaklumkan, lagu penutup Satu Hari Di Hari Raya dipilih kerana karya tersebut umpamanya seperti antem kebangsaan yang bukan sahaja dinyanyikan pada Hari Raya Aidilfitri.

"Kita sediakan dalam 10 ribu sampul duit raya, setiap daripadanya diisi dengan duit kertas baharu bernilai seringgit.

"Lagu hit Suatu Hari di Hari Raya itu sudah seperti lagu kebangsaan yang saya fikir perlu dibawakan walaupun kita bukan berada di bukan hari raya. Apa salahnya.

"Ada nota juga di sampul itu duit mengingatkan duit seringgit yang diberikan besar nilainya pada 45 tahun yang lalu," katanya.

Idea yang dilakukan oleh penganjur adalah peluang baik untuk berkongsi rezeki kepada penonton yang hadir

"Selalunya benda seperti ini saya anggap kelakar sahaja. Tapi di sebalik kelakar, ada makna yang mendalam dari segi persembahan.

"Apa yang dijayakan (malam tadi) juga menunjukkan sikap pemurah dan nilai kemanusiaan yang ada dalam diri penganjur walaupun seringgit.

"Sebenarnya saya mahu relevankan lagu itu dalam konsert yang bukan hari raya.

"Istilah 'Hari Raya' selalu kita gunakan menggambarkan kegembiraan dan kemenangan. Jadi, saya mahu nyanyikan lagu itu kepada mereka yang terkesan peperangan dan penindasan," katanya lagi.

Pada konsert berkenaan, M. Nasir menyanyikan 32 lagu popularnya dari pelbagai genre muzik di hadapan lebih 8,000 penonton.

Image via Kosmo!

Lihat perkongsian ciapan peminat di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: