Staf Christy Ng Tampil Pertahan Bos Selepas Tular Isu 'Buli' Budak Intern Di Laman X
Setiap bos ada kebaikan masing-masing.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, pengasas jenama fesyen lokal iaitu Christy Ng menjadi bualan ramai selepas tular mengenai dakwaan pekerja 'dibuli' olehnya
Ia susulan sebuah video Christy memberi wang kepada pekerja yang dimuat naik di akaun TikToknya mendapat ratusan ribu tontonan, namun ada juga yang kurang senang dengan konten video tersebut.
Dalam video itu, Christy memasukkan duit ke dalam beg pekerjanya sambil meninggalkan nota kecil dipercayai ucapan terima kasih di atas usaha mereka sepanjang bekerja dengan beliau.
Christy dipuji ramai kerana sikap prihatinnya sebagai majikan telah memberi inspirasi, namun begitu seorang individu di laman X mendakwa beliau adalah seorang majikan yang selalu membuli pekerja dan menuduhnya memendekkan cuti bersalin
Menerusi ciapan di laman X, kenyataan yang dikeluarkan oleh individu berkenaan telah mendapat perhatian umum sehingga ia dibanjiri dengan pelbagai komen negatif.
Namun, seorang pekerja Christy tampil meluahkan rasa bertuahnya kerana mendapat sokongan daripada majikan, terutama dalam hal kelahiran anaknya.
Pekerja Christy yang dikenali sebagai @Nasru_Den itu menyatakan bahawa dia akan memulakan cuti paterniti dalam masa terdekat dan segala keperluan bayi seperti lampin, produk bayi, serta elaun paterniti semuanya ditaja oleh bosnya.
Malah, bosnya juga siap menaja confinement lady selama dua minggu untuk membantu isterinya dalam tempoh berpantang.
Dia turut menekankan bahawa dia tiada masalah langsung dalam mendapatkan cuti bersalin atau paterniti sepanjang bekerja dengan majikannya itu.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!