“Sikit-sikit Dah Lah” - Netizen Pertikai Jenama ‘Pemurah’ Di Istana Negara Nak Publisiti
Kata mereka, lebih baik disedekahkan kepada fakir miskin.
Kemelut politik yang melanda tanah air baru-baru ini nyata membuatkan ramai orang gelisah menantikan perkhabaran baru tentang Kerajaan yang bakal mengambil alih negara selepas ini
Terlalu banyak spekulasi dan khabar angin juga nyata tidak membantu rakyat malah membuatkan mereka semakin berdebar menantikan keputusan siapakah yang bakal menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri selepas ini.
Bila agaknya persoalan ramai akan terjawab?
Dalam pada itu, turut viral di media sosial adalah foto-foto menunjukkan para media disajikan dengan pelbagai barangan percuma daripada jenama-jenama popular di tanah air
Menariknya, barangan tersebut tidak hanya terhad kepada makanan sahaja malah merangkumi pelbagai produk lain.
Alahai, marilah kita bersangka baik dan sudah rezeki pihak media untuk menerima pemberian percuma itu
Apa-apapun, kita juga harus berterima kasih kepada pihak media kerana sering memberikan berita semasa kepada rakyat Malaysia!